Bermula dengan telefilem 15 Puasa pada tahun 2004, pengarah filem tersohor, Mamat Khalid, berterusan berkarya dengan filem 16 Puasa dan 17 Puasa.
Kini, filem 18 Puasa Di Kampung Pisang pula yang menjadi juadah santapan kita rakyat Malaysia di bulan puasa tahun ini. (ehem .. ehem ... korang puasa ka tidak nie ??) (hahaha huhuhu)
Gelagat Barkoba, Pak Jabit, Yah Kuchei mi kari kuah laksa dan rakan-rakan sekampung mereka (yang malas berpuasa), pastinya mencuit hati para penonton, terutamanya peminat-peminat setia "Kampung Pisang".
Kerana itulah, dalam tempoh 18 hari ... ya ... lapan belas hari ... tayangan di saluran Astro First, filem 18 Puasa Di Kampung Pisang ini dah mampu meraih kutipan RM4 juta ... ya ... lebih kurang empat juta ringgit. Banyak kan ???
Unik !! Kelakar !! Bermesej !! -- tiga ciri ini telah berjaya digabungkan oleh Mamat Khalid bagi menghasilkan filem yang mendatangkan pulangan tinggi dengan barisan pelakon-pelakon yang bukanlah kategori mega superstar.
Korang dah nonton ka belum ??
Ada mesej-mesej positif yang disampaikan di dalam filem ini. Yang faham tu akan faham lah apa yang nak disampaikan. Yang kurang faham tu ... emmm ... boleh repeat nonton berulang kali sehingga faham (hahaha huhuhu hihihi).
Pendek kata, dalam kerja berkarya untuk menghasilkan filem yang bagus dan 'boleh jual', tak perlulah nak bermodalkan pelakon muda (yang hanya bermodal) muka 'jambu', kacak atau seksi dan lawa. Di Malaysia ni ada ramai lagi yang berbakat mampu berlakon dengan baik dan bersahaja.
So, kalau korang pun nak buat duit macam filem 18 Puasa nie yang beroleh pulangan tinggi, korang berkarya lah secara kreatif tanpa melanggari batas-batas agama serta adat budaya kita.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment