Memang best lah kan!!!
Simpanan di SSPN untuk kemudahan di masa hadapan, tetapi sekarang ini berluang pula untuk menangi hadiah duit raya bernilai hampir RM200,000.
Huishhh !!! Usah khuatir. Usah dirisaukan. Ini bukan tipu-tipu macam scammer di luar sana.
Yang ini betul-betul PTPTN nak kasi pada 500 orang pemenang Kempen Jom Beraya Jom Menyimpan SSPN 2021.
Ada dua kategori hadiah utama ---
Cabutan Peringkat Nasional menawarkan hadiah utama bernilai RM8,000 dan Cabutan Peringkat Negeri pula hadiah utama bernilai RM5,000.
Syaratnya pula mudah saja. Dalam tempoh kempen ini, simpanan bersih serendah RM100 sudah layak untuk mendapat satu cabutan Peringkat Negeri. Kelayakan di Peringkat Nasional pula adalah RM300 untuk mendapat satu cabutan.
Kempen ini berjalan hanya satu bulan sahaja tau --- bermula 1 Mei 2021 dan berakhir pada 31 Mei 2021. So, usah berlengah lagi untuk menambahkan simpanan demi masa depan anak-anak.
Oppsss!!! Sebelum terlupa, untuk makluman semua, dalam situasi norma baharu, kita mestilah sama-sama menjaga sesama kita kan. So, kurangkanlah pergerakan keluar dari rumah dengan membuka dan menambah simpanan SSPN secara online sahaja.
Segalanya di hujung jari. Klik saja link ini --- Love SSPN
"Bersamalah kita membantu mengekang penularan wabak COVID-19 di negara kita ini."
#kitajagakita
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment