Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit.
Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya.
... huhuhu ... hahaha ... hihihi ...
Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja.
“Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah.
Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000.
Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan rendah untuk menjadi ahli AIM --- (AIM bukanlah seperti MLM ... huhuhu hahaha) --- kerana AIM menyediakan bantuan pinjaman dan tunjuk ajar bagi memulakan perniagaan.
Rumah Rakit Amaraisya yang terletak di Kampung Bangkong, Kuala Rompin, Pahang, menyediakan macam-macam kemudahan demi keselesaan pengunjung dan penginapnya.
Ada tv, peti sejuk, dapur gas, pinggan mangkuk, tempat BBQ dan kemudahan bot serta ruang untuk memancing.
Kalau rasa malas nak memasak dan nak bersantai sahaja di atas rumah rakit, boleh lah order hidangan masakan seperti Udang Galah Masak Sambal dan Udang Galah Masak Lemak Cili Api --- yang pastinya sangat sedap dimakan dengan nasi yang masih panas sambil menikmati panorama keindahan alam.
Lupa pulak nak kongsi info ni --- ada dua jenis penginapan di sini tau --- yang jenis Deluxe boleh muatkan maksimum 10 orang dan unit banglo pula boleh muatkan 20 orang.
Dari segi harga pula --- RM200 untuk Deluxe dan RM 490 untuk banglo --- memang berbaloi lah dengan pengalaman dan suasana damai yang bakal dinikmati oleh korang yang berkunjung ke sana.
Haaaa .... segalanya sudah di depan mata. Boleh tunggu habis PKP untuk kita pergi bersantai di rumah rakit. Kot kalau korang pun berminat nak bisnes rumah rakit, bolehlah cari-cari idea dan lokasi untuk mulakan bisnes rumah rakit sendiri. All the best guys!!!
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment