Huhu ... bagaimana ?? Best kan dapat duduk sambil bersila atau berlunjur kaki ... dan boleh pula bersandar tanpa risau akan jatuh tertonggeng ke belakang.
Ini lah inovasi yang dibawakan oleh syarikat Kusiku International Sdn Bhd yang menghasilkan rekaan kerusi tanpa kaki di bawah jenama Silla.
Menurut pengasas Kusiku, Encik Mohd Basri Ramli, pihak syarikatnya mengambil masa lebih kurang setahun dalam merekabentuk dan menghasilkan kerusi Silla agar ianya selesa dan sesuai digunakan oleh pengguna.
Hasil daripada usaha gigih ini akhirnya membolehkan rekabentuk ciptaan Kusiku dipatenkan dan dihantar ke kilang pengeluaran produk tulen (OEM) bagi tujuan pembuatan produk siap.
Sebagai jaminan kepada kualiti dan ketahanan produk, kerusi Silla ini 100 peratus diperbuat daripada bahan polipropilena yang dijamin berkualiti dan tidak mudah rosak.
Menurut Encik Basri juga, idea tercetus setelah sekian lama pemerhatian kepada gelagat jemaah masjid dan surau yang mencari dinding atau tiang sebagai tempat untuk bersandar ketika membaca Al-Quran atau Surah Yaasin.
Reka bentuk kerusi Silla yang berbentuk cembung iaitu melengkung ke atas di bahagian kiri, kanan, depan dan belakang kerusi dapat membantu untuk mengelakkan kaki mudah menjadi lenguh dan kebas.
Dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengguna, syarikatnya kini menyasarkan jualan sebanyak 200,000 unit pada tahun ini.
Situasi semasa COVID-19 turut memberi kesan positif kepada permintaan produk apabila ramai yang bekerja dari rumah dan memerlukan kerusi bersandar yang bersesuaian.
Kepada yang berminat untuk menjadi pengedar, Kusiku menawarkan peluang ini kepada orang ramai di seluruh negara.
Hanya perlu layari laman web Kusiku atau Facebook Kusiku Malaysia untuk mendapatkan info lanjut mengenai produk dan peluang menambahkan pendapatan korang semua yang nak ambil peluang nie.
JOM buat D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment