Nak tenun songket ni bukannya kerja mudah !!
Kerja paling mudah adalah kalau nak tenung gambar songket tenunan di sebelah ni .. hahaha huhuhu
Akak Dalilah Awang (dalam gambar yang korang dok tenung tu) cakap ... beliau belajar menenun songket sejak dari kecil lagi ... sedikit demi sedikit sehinggalah benar-benar berkemahiran.
Ini kerana minatnya yang sangat mendalam kepada seni tenunan tradisional dan kini meneruskan legasi sebagai generasi keempat yang meneruskan seni warisan nenek-moyangnya (ya ... tepuk tepuk tangan ... syabas Akak ... syabas).
Songket PC keluaran Akak Dalilah memang dikenali oleh para penggemar songket tenunan tradisional Melayu. Bukan sekadar oleh orang kebanyakan tetapi juga oleh golongan kenamaan tau.
Kebanjiran songket tenunan dari luar negara yang harganya jauh lebih murah bukanlah menjadi 'ancaman besar' kepada perniagaan yang beroperasi dari rumahnya di Kampung Gong Baru, Kuala Terengganu.
Ini kerana kualiti fabrik tenunan tangan yang asli adalah amat tinggi --- terhasil daripada ketekunan dan ketelitian kerja tangan penenunnya.
Bak kata orang, jika hati sudah terpaut kepada yang asli, datang yang tiruan pastinya tak akan dipeduli (ewahhh aiiihhh).
Setanding dengan kualitinya, harga songket tenunan tangan adalah bermula daripada RM300 bagi fabrik kapas. Tetapi, jika korang mahu kan yang sutera pula ... siap-siapkan lah bajet antara RM2,000 ke RM5,000 sahaja sehelai.
Mahal ka ?? Berbaloi ka ??
Tetapi ... jika korang sebagai penenun, pastinya akan rasa berbaloi dan puas hati kan beroleh pendapatan setelah penat lelah menenun.
Berminat ??? Korang google jaa untuk dapatkan info di mana nak beli Songket PC atau peluang menjana pendapatan sebagai penenun songket asli.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment