Hahaha ... Admin yakin ramai antara korang yang tahu siapa penyanyi lagu nie kan ??
Apabila tiba ja musim durian, dapat lah kita lihat tumbuhnya gerai-geai di tepi jalan yang menjual raja buah ini.
Cakap ja nak durian jenis apa ... kampung, kahwin, D24, raja kunyit, udang merah, IOI dan lain-lain lagi ... boleh ja korang dapat asalkan ada duit nak membayarnya nanti.
Dan ... korang jangan terkejut pulak ya ... dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 200 jenis durian yang telah didaftarkan di Malaysia.
Pelbagai variati yang wujud ini umpama kepelbagaian sektor perniagaan yang ada di negara ini.
Jikalau dibandingkan dengan sektor pelancongan, nampaknya 'sektor' jualan durian agak kurang terjejas dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selera rakyat Malaysia terhadap raja buah ini langsung tidak terkesan oleh PKP !!
Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada, mudah sahaja nak membeli durian melalui media sosial ... hanya perlu hubungi penjual, dan kemudiannya nanti akan terus dihantar ke hadapan pintu rumah.
Menurut seorang tokei durian yang masih muda, Muhammad Aiman Mohd. Nasri, permintaan terhadap durian sangat tinggi pada masa ini sehinggakan beliau perlu berulang-alik ke Bukit Pasir, Johor untuk mengambil bekalan kira-kira 1,500 kilogram durian.
Adakalanya bekalannya itu 'habis licin' dalam tempoh kurang tujuh jam jualan sahaja.
Gerai jualannya yang terletak di Kampung Padang, Bukit Lintang, Melaka, turut mampu meraih jualan kasar harian mencecah RM20,000.Katanya, bagi memenuhi permintaan pelanggan, beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran secara cash-on-delivery di kawasan daerah Melaka Tengah.
Di antara jenis durian yang dijual adalah durian kampung (RM13 sekilogram), durian kahwin (RM16 sekilogram), Udang Merah (RM18 sekilogram), IOI (RM20 sekilogram) dan Musang King (RM35 sekilogram).
Sebagai jaminan kualiti kepada pelanggan, Aiman turut menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakan akan memeriksa dahulu buah durian yang ditempah pelanggan dengan membelah dan melihat isinya.
Kemudian, gambar akan diambil dan dihantar kepada pelanggan. Sekiranya pelanggan berpuas hati dan bersetuju, baru lah akan dibungkus dan dihantar kepada pelanggan.
Katanya lagi, diakui bahawa terdapat lambakan durian di sesetengah tempat kerana adanya arahan larangan merentas negeri PKP . Tetapi, baginya, setiap peniaga perlu lah bijak menyesuaikan diri dengan situasi semasa.
Teknologi yang ada perlu lah digunakan sebaiknya demi kelangsungan perniagaan seperti penggunaan akaun Facebook miliknya --- Melaka Aiman Durian --- yang menjadi platform pemasaran durian kepada para pelanggan di daerah Melaka Tengah.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment