Rasanya yang liat dan kenyal adalah ciri unik yang ada pada dodol.
Ada pelbagai jenis dodol --- dodol asli, dodol durian, dodol pulut hitam, dodol pandan, dodol kawah, dodol pressure cooker --- dan jiran korang Wak Dol itu bukan lah sejenis dodol yaa .... huhuhu
Jika dahulu kala dodol menjadi santapan di musim hari raya, tetapi kini, dodol sudah boleh didapati pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun.
Rasanya yang manis berlemak dan kenyal umpama chewing gum yang boleh dikunyah dan ditelan, telah menjadi hidangan minum petang sama ada di kampung atau di bandar.
Maka, kerana itu lah, perusahaan dodol adalah antara merupakan perusahaan makanan tradisional yang menjadi pilihan untuk diteruskan oleh pewaris-pewaris pembuat dodol tradisional.
Walaupun bagaimanapun, di atas keperluan dan faktor komersial, pembuatan dodol masa kini bukanlah lagi menggunakan kawah dan kayu api.
Walaupun sememangnya diakui bahawa hasil dodol kaedah ini mempunyai rasa dan aromanya yang tersendiri, tetapi ianya jarang digunakan oleh pengusaha industri dodol kerana mengambil tempoh masa yang sangat lama serta memerlukan tenaga kerja manusia sepenuh masa.
Kemahiran mengawal suhu api serta mengacau dodol adalah amat penting jika digunakan kaedah ini.
Kerana itu lah, sekarang ini pengusaha-pengusaha dodol menggunakan peralatan mesin bagi penghasilan dodol keluaran mereka.
Antara pengusaha dodol yang terkenal di Kampung Gajah, Perak, adalah Normi Ramli. Jenama Dodol Opah Yang yang dihasilkannya adalah menggunakan resepi warisan turun-temurun.Opah Yang atau nama sebenarnya Saerah Abdul Majid, adalah ibu kepada Normi, telah menjadi ikon kepada jenama dodol ini dan telah turut menjadi pelakon utama di dalam video iklan mempromosikan produk mereka ini.
Kata akak Normi nie, idea menghasilkan video tersebut adalah selari dengan perubahan zaman dalam usaha mempromosikan produk ke seluruh Malaysia.
Video yang telah disebarkan melalui platform media sosial telah berjaya menarik perhatian bakal pelanggan dan sekaligus meningkatkan hasil jualan terutamanya di musim perayaan.
Menurut akak Normi, selain daripada pembungkusan biasa di dalam plastik, mereka juga telah memperkenalkan dodol sumi iaitu dodol yang dibungkus di dalam acuan sumi.
Katanya, dodol sumi ini boleh dimakan terus seperti kita memakan sumi, tanpa pelanggan perlu memotong ketulan dodol yang dibungkus seperti biasa.
Pesannya lagi, jika ada yang berhajat nak kan dodol durian, perlu lah bersabar kerana dodol durian hanya dihasilkan apabila tibanya musim durian.
Sooooo ... sama-sama lah kita tungguuu, dan sama-sama lah kita terus menyokong produk tradisional keluaran industri kita ya.
Jika korang nak berniaga dodol ... jadi agen ka ... nak jadi pengedar ka ... cuba hello-hello akak Normi. Mana lah tahu kan kalau ada rezeki korang untuk tambahkan pendapatan menjual Dodol Opah Yang.
Dan ... jika korang bijak bestari ... cuba kira ada berapa perkataan 'dodol' yang telah ditulis dalam posting ini ... Selamat Mengira !!! ... hahaha ...
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Sloty Casino Resort - Mapyro
ReplyDeleteProperty 공주 출장안마 Location Located 목포 출장샵 in 수원 출장샵 Maricopa at 3200 Las Vegas Boulevard South, this casino 익산 출장샵 hotel is in the historical district of Maricopa, Arizona and is open daily. Rating: 강원도 출장안마 8.1/10 · 1,512 reviews