(korang dah pernah tengok kan biji apa tu dalam gambar sebelah ??) ... YA betul !!! Ini biji getah ... ia boleh dimasak dan dimakan (ini bukan auta tauuu).
Jap .. jap ... tungguuuu ... korang jangan la pulak sesuka hati pergi kutip biji getah dan buat masak lemak tempoyak. Bahaya tauu ...
Yang pertamanya, boleh kena tangkap (atau kena ketuk) sebab ceroboh kebuh getah milik orang lain. Tak pasal-pasal disyaki sebagai 'mat pet' nak curi skrap getah. Lagi lah naya kan kalau masuk lokap.
Yang keduanya pulak, biji getah yang warna coklat berkilat tu adalah kulit dia --- keras dan tak boleh dimakan.
Umpama peribahasa, kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya. Sama lah juga seperti biji getah ni. Perlu lah terlebih dahulu dipecahkan kulitnya yang keras tu untuk dapatkan biji berwarna putih di dalam.
Tetapi ... hati-hati lah ya ... biji putih ni tak boleh dimakan mentah (nanti jadi pening, loya, mabuk) ... ia perlu dibersihkan dan diproses dengan cara yang betul sebelum boleh dimasak dengan cara yang betul jugak.
So, janganlah korang memandai-mandai memasak biji getah kalau tak tahu caranya.
Tetapi (sekali lagi tetapi ... hahaha ...), ada cara mudah untuk menikmati masakan berasaskan biji getah.
Korang pergi ja ke gerai Mak Anjang di medan selera Majlis Daerah Jerantut.
Di sini ada jual Gulai Asam Rong yang special dengan pilihan ikan kenerak (ikan komando). Kalau biasanya ikan patin dimasak tempoyak, ikan kenerak adalah yang paling best dan paling sesuai untuk masakan gulai asam rong.
Kata Akak Zaharah Sohar (tuan punya gerai Mak Anjang), untuk memasak gulai nie bukan lah mudah kerana ada aturan dan resipinya dan agak rumit juga untuk dibuat.Biji getah (yang warna putih tu) perlu ditumbuk hingga menjadi halus. Kemudian, diperam pula sehinggalah warnanya bertukar menjadi coklat kehitaman.
Untuk memasak pula, asam rong yang dah diperam perlu ditumbuk bersama kunyit dan cili padi. Lagi banyak cili padi, lagi lah 'menjadi' gulainya.
Memang tersangat pedas tetapi itulah ciri utama masakan gulai ni.
Campuran asam rong dan kunyit akan dimasak sehinggalah mendidih sebelum dimasukkan ikan dan dikacau sehingga rata.
Apabila ikan sudah masak, baru lah dimasukkan pula pelbagai sayuran seperti terung pipit, keladi, pucuk paku, keledek, kacang botol dan jering (semuanya ulam-ulam kampung).
Dan ... korang jangan lupa pula untuk masukkan garam secukup rasa. Nanti kang tawar pulak gulai korang tu.
Macam mana nak jadi tokei gulai asam rong kalau garam pun korang terlupa nak masukkan ... hahaha ... huhuhu ...
Selamat Mencuba !!! --- boleh la cuba nak berniaga gulai ka, nak jadi pembekal ikan kenerak ka, atau jadi usahawan tanaman ulam kampung --- yang penting, semuanya boleh menjana pendapatan ... kan ???
JOM buat D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment