Bilangan invidiu yang obes juga semakin meningkat di Malaysia.
Tidak lah dapat Admin nak pastikan berapakah jumlahnya. Tetapi, dengan pertambahan pelbagai menu makanan dan minuman yang lazat-lazat belaka (++ kandungan kalori yang sangat tinggi), dan ditambahkan pula dengan kurangnya aktiviti fizikal, ini mampu menjadi faktor kepada pertambahan jumlah invididu yang obes di negara kita.
Senang kata ... korang makan atau minum lah yang manis-manis secara kerap. Dan jangan bersenam atau beriadah. Haaaaa ... nanti korang akan perasan yang berat badan korang akan mula naik sedikit demi sedikit.
Mengapa jadi begitu ??
Sebab, kandungan gula (kalori) yang sepatutnya menjadi sumber tenaga untuk bersenam, telah tidak digunakan dan akhirnya bertukar menjadi lemak yang disimpan di dalam badan korang. Emmm ... korang nak ker jadi macam tu ??
So ... amalan disiplin diri adalah amat penting sama ada dari segi pemakanan dan juga aktiviti yang berfaedah. Tetapi, ini lah perkara yang paling sukar nak dibuat ... kan ?? hahaha ...
Justeru itu lah, ada penyelidik dari Universiti Otago, New Zealand dan United Kingdom telah merekacipta satu peralatan yang baru untuk mengunci mulut korang daripada menjamah makanan.
Alat ini dinamakan sebagai The Dental Slim Diet Control yang boleh dipasang oleh doktor gigi dan boleh ditanggalkan sekiranya berlaku kecemasan.
Terdapat magnet yang akan bersambung dan 'mengunci' kedua-dua bahagian ini agar rahang tidak dapat dibuka terlalu luas untuk menjamah makanan pejal. So, jika korang nak menjamah ayam goreng atau mee bandung memang mustahil lah ... huhuhu ...
Tapi ... jangan lah bimbang ya, masih terdapat bukaan 2 milimeter di antara rahang atas dan bawah bagi membolehkan korang bernafas, bercakap, minum atau menikmati makanan dalam bentuk cecair.
Menurut penyelidik, kajian telah dijalankan ke atas sekumpulan wanita obes yang sihat di Dunedin, New Zealand selama dua minggu dan berjaya mendapat hasil yang memuaskan apabila berat badan mereka secara purata telah berkurang sebanyak 6.36 kilogram iaitu kira-kira 5.1% daripada berat badan.
Ini memberikan sinar positif kepada usaha mereka ini dalam membantu membentuk dan melatih tabiat baharu kepada penggunanya.
Tetapi, kewujudan alat ini turut mendapat kritikan daripada orang ramai kerana dianggap umpama 'alat penyeksaan zaman purba' ... huhuhu ...
Walau bagaimanapun, menurut pihak Universiti, alat ini bukanlah digunakan untuk tempoh masa yang panjang. Ia adalah untuk membantu mengurangkan berat badan seseorang yang perlu menjalani pembedahan tetapi tidak dapat menjalani pembedahan kerana situasi berat badannya yang berlebihan.
Menurut Profesor Paul Brunton yang merupakan Naib Canselor Universiti Otago dan Ketua Penyelidik projek ini, alat ini berfungsi untuk mendisiplinkan diri penggunanya bagi pengambilan diet berkalori rendah dalam suatu tempoh tertentu sahaja (bukan lah untuk tempoh yang panjang).
Katanya lagi, ini bukanlah satu bentuk perawatan atau pilihan alternatif kepada rawatan yang lain, dan tidak mustahil bahawa alat ini akan terus ditambahbaik di masa hadapan demi mencapai matlamatnya.
Dan juga, di sini dapat lah kita lihat bahawa sebarang usaha untuk meningkatkan kualiti kehidupan, berkemungkinan dan berpotensi juga menjadi sumber pendapatan melalui rekacipta yang telah dihasilkan.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Isitqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment