Kalau dilihat dari aspek keselesaan di tempat kerja ... memang lah kerjanya berpanas dan berhujan dan tak nampak best pun seperti pekerjaan profesional lain.
Tetapi, jika hasilnya tersangat lumayan umpama satu lubuk emas yang setiap hari boleh dituai ... korang tak nak ker ??
Haaa ... ini lah potensi tanaman Edamame (ini bahasa Jepun tau) atau dipanggil sebagai kacang bulu (kerana kulit kacang ini mempunyai bulu-bulu halus).
Tanaman ini sudah semakin menjadi perhatian dan mendapat permintaan tinggi di dalam dan luar negara.
Salah seorang pengusahanya adalah Muhammad Fahmi Ismail di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, yang mula menanam tanaman ini sejak tahun 2016 setelah menyedari potensi besar kacang bulu yang kebiasaannya sangat terkenal di negara Jepun.
Hasil tanaman kacang bulu dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan keluarganya. Permintaan dan jualan yang semakin meningkat merupakan rezeki tambahan buat mereka dan para pekerjanya.
Menurutnya, kini, masyarakat mulai sedar bahawa kacang bulu bukan sahaja boleh dijadikan sebagai hidangan yang enak tetapi juga kerana khasiat dan kandungan proteinnya yang tinggi.
Hakikatnya, kacang bulu adalah merupakan kacang soya hijau. Kenapa hijau ?? Ini kerana ianya dipetik sebelum matang menjadi kacang soya. Kalau dah matang, kacang ini akan menjadi keras dan sudah tidak sesuai untuk dimasak dan dimakan.
Saiz pokok ini adalah renek. Ianya sangat mudah ditanam dan dijaga tanpa perlu risau serangan serangga atau makhluk perosak. Kerana itu lah Muhammad Fahmi berterusan mengusahakan tanaman ini tanpa perlu rasa bimbang tanaman akan mati atau rosak.
Hasil jualan kacang bulu boleh lah dikatakan sebagai agak menguntungkan. Harga di ladang adalah sekitar sepuluh ringgit bagi setiap kilogram kacang bulu mentah, manakala, kacang bulu yang siap dibungkus akan dijual di pasaran pada harga RM 15 sekilogram.Jika korang buat kiraan secara kasar ... satu tan (1000 kilogram lah tuuu) kacang bulu yang dijual boleh menghasilkan pendapatan lebih kurang antara RM10,000 ke RM15,000.
Kalau korang buat ladang yang boleh hasilkan 10 tan kacang bulu ... haaaa ... korang kiranya sendiri berapa banyak hasil RM yang korang boleh dapat.
Itupun jikalau korang jual kacang bulu secara mentah (raw product).
Bagaimana pula kalau diinovasikan seperti di Jepun. Kacang bulu ini merupakan antara snek makanan ringan yang popular di restoran-restoran dan rangkaian kedai 24 jam di sana.
Potensi dan pasaran besar sedia menanti di dalam dan luar negara. Kalau korang nak mencuba, boleh lah cari biji benih jenis MKS 1 yang dibawa masuk dari Jepun dan Taiwan. Benih nie berasal dari AVRDC (Asia Vegetables Research Development Center). So, boleh lah korang rasa yakin sikit kan sebab dapat biji benih yang baik.
Dan yang lagi best, MKS 1 nie mudah ditanam dan pokoknya pun tak lah tinggi sangat. Purata tinggi lebih kurang 38 cm sahaja. Saiz bijinya juga besar, bermakna korang boleh mendapat hasil yang lebih lagi iaitu lebih kurang 7 tan metrik per hektar bagi setiap musim.
Anggaran satu musim pula adalah lebih kurang 3 bulan lah bermula dari persediaan tanah, semaian benih, mula berbunga dalam tempoh 40 hari dan menjadi matang dalam tempoh 70 hari.
Setelah dijual hasilnya nanti pasti hati korang pun akan berbunga-bunga juga kan ... hahaha ... huhuhu ...
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment