Skip to main content

Pembuat Kostum Cosplay Kuramaker

Korang yang peminat karektor-karektor superhero atau anime Jepun pastinya sudah terbiasa mendengar istilah cosplay kann ??

Trend ini amat terkenal di Jepun serta turut mempunyai pengikutnya di Korea Selatan, China dan Amerika Syarikat.

Bahkan, di negara kita Malaysia juga mempunyai kumpulan peminat ini yang sanggup membelanjakan sejumlah wang mereka demi mendapatkan kostum lengkap karektor yang mereka minati.

Kepada korang yang baru pertama kali mendengar istilah ini, sebenarnya cosplay adalah gabungan daripada perkataan costume play --- iaitu perilaku memakai, memperagakan atau menggayakan pakaian dan aksesori sesuatu karektor yang diminati.

Kebanyakan daripada kostum ini boleh dibeli atau ditempah dari luar negara.

Namun, ini bukan lah halangan kepada peminat cosplay untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Apa yang penting buat mereka adalah kepuasan untuk memiliki dan memperagakan kostum ini.

Tapi, tahu kah korang, di Malaysia juga sudah ada pembuat kostum cosplay ??

Raja Muhammad Rusydi Raja Mahmood, berusia 25 tahun, menjadikan minatnya sebagai sumber pendapatan dengan menghasilkan pelbagai kostum adiwira.

Segalanya bermula sejak kecil lagi apabila terpegun dengan kostum Power Rangers dan berangan-angan untuk memiliki kostum seumpama itu.

Mulai tahun 2012, beliau mula mencuba-cuba menghasilkan kostum adiwira untuk dirinya sendiri.

Semakin lama minatnya semakin berkembang dan terus bercambah lagi apabila melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana, Selangor, di dalam jurusan Filem, Teater dan Animasi.

Melihat kepada perkembangan industi ini serta potensi menjana pendapatan, maka, Raja Muhammad Rusydi atau nama panggilannya King Rusydi telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan sendiri dengan nama Kuramaker pada tahun 2016.

Usahanya ini bukan lah sia-sia apabila kostum cosplay yang dihasilkan Kuramaker mulai menarik minat syarikat-syarikat yang membuat tempahan kepadanya.

Selain itu, beliau turut mengambil tempahan daripada orang perseorangan dan menyiapkan kostum mengikut kesesuaian ukuran badan pelanggannya.

Pandang sinis dan kritikan negatif sudah menjadi lumrah sepanjang penglibatannya di dalam dunia penghasilan kostum cosplay.

Baginya, ini adalah pembakar semangat untuk terus memberikan hasil terbaik demi kepuasan pelanggannya yang terdiri daripada peminat-peminat cosplay.

Menurut King Rusydi, antara kepuasan dan kejayaan terbaiknya adalah apabila berjaya mewakili Malaysia untuk pertandingan World Cosplay Summit 2019. Lebih membanggakannya adalah pada tahun tersebut, Malaysia telah menjadi tuan rumah kepada pertandingan ini.

Minatnya yang suka menghasilkan sesuatu daripada kerja tangan dan mencari rezeki hasil daripada titik peluh sendiri, turut mendapat sokongan daripada keluarganya.

Menurutnya juga, pengalaman yang diperoleh sepanjang tempoh ini merupakan sesuatu yang amat berharga dan tidak mungkin akan diperoleh sekiranya dirinya tidak berani mengambil langkah awal menceburi bidang ini.

Walaupun situasi pandemik COVID-19 agak merencatkan perniagaannya, namun, penggunaan platform media sosial seperti akaun Instagram kuramaker telah dapat membantu mempromosi dan mendapatkan pelanggan-pelanggan baru.

Bergerak ke masa hadapan, King Rusydi merancang untuk membuka studio kecilnya sendiri di suatu premis yang bersesuaian serta menjadikan Kuramaker sebagai sebuah syarikat besar dan dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di luar negara.

Pendek kata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Di mana ada jalan, di situ lah juga akan ada rezekinya.

JOM buat D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Dodol Opah Yang Kampung Gajah

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya akan mengenali sejenis makanan yang dikenali sebagai dodol. Rasanya yang liat dan kenyal adalah ciri unik yang ada pada dodol. Ada pelbagai jenis dodol --- dodol asli, dodol durian, dodol pulut hitam, dodol pandan, dodol kawah, dodol pressure cooker  --- dan jiran korang Wak Dol itu bukan lah sejenis dodol yaa .... huhuhu Jika dahulu kala dodol menjadi santapan di musim hari raya, tetapi kini, dodol sudah boleh didapati pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Rasanya yang manis berlemak dan kenyal umpama chewing gum  yang boleh dikunyah dan ditelan, telah menjadi hidangan minum petang sama ada di kampung atau di bandar. Maka, kerana itu lah, perusahaan dodol adalah antara merupakan perusahaan makanan tradisional yang menjadi pilihan untuk diteruskan oleh pewaris-pewaris pembuat dodol tradisional. Walaupun bagaimanapun, di atas keperluan dan faktor komersial, pembuatan dodol masa kini bukanlah lagi menggunakan kawah dan kayu api. Walaupun seme

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Sate Spiderman Kota Tinggi

Lakukan perkara berbeza untuk menarik perhatian pelanggan !! Ini adalah antara tips yang biasanya diberikan kepada usahawan atau bakal usahawan sebagai salah satu kaedah untuk mempromosikan jualan mereka. Segalanya bergantung kepada tahap kreatif sendiri untuk melakukan teknik yang berbeza daripada orang lain agar tindakan yang dilakukan itu dapat memberikan impak positif dan meningkatkan jualan. Apabila jualan meningkat, maka, bertambah lah juga pendapatan korang nanti ... kannn ... hahaha ... Di antara teknik yang boleh korang gunakan adalah dengan memakai kostum adiwira untuk menghantar barang pesanan pelanggan. Korang sanggup ker ?? Kalau korang tak sanggup, ni haaa ... bro Acuk selamba jer memakai kostum Spiderman sambil menaiki motorsikal menghantar sate kepada pelanggan di sekitar Bandar Tenggara, Kota Tinggi dan Kulai. Acuk, atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus Bachok @ Rahim, berkata, beliau mengenakan kostum ini sebagai satu strategi pemasaran bagi perniagaan sate yang diusah

The Blanket Hotel Terus Mengembang

Dek kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, perniagaan yang berkaitan dengan industri pelancongan amat terkesan sekarang ini. Dalam keadaan ini, beberapa sektor perniagaan sedang 'bertahan hidup', sama ada daripada jatuh terlingkup atau terus ditutup. Tetapi ... agak mengejutkan juga kepada kita kerana masih ada syarikat yang berani melangkah ke depan mengambil risiko besar dengan mengambilalih perniagaan syarikat lain. Salah satunya adalah The Blanket Hotel Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seberang Jaya, Pulau Pinang, yang telah mengambilalih pe­ngurusan Vouk Hotel Suites yang terlerak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang. Pengambilalihan ini telah terlaksana lebih kurang beberapa bulan lepas sebagai satu pelaburan strategik The Blanket Hotel meluaskan rangkaian hotelnya di Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang yang sangat terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong. Pengarahnya, Puan Ieja Hindun Salleh, berkata, pengambilalihan ini dibuat kerana Vouk Hotel Suites t
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE