Tetapi, untuk hasilkan karya lukisan yang cantik dengan gabungan pelbagai corak, garisan dan warna, bukan lah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua orang.
Kesungguhan, kemahuan, ketelitian dan kerajinan menjadi faktor penting dalam penghasilan sesebuah lukisan yang menjadi karya masterpiece pelukisnya.
Keunikan setiap karya yang dihasilkan membolehkan hasil-hasil karya pelukis tersohor boleh mencapai harga jualan bernilai sehingga berjuta atau berpuluh juta dollar.
Contohnya adalah lukisan bertajuk "Dora Maar au Chat" hasil karya pelukis Pablo Picasso yang menggambarkan kekasihnya, Dora Maar, sedang duduk di atas sebuah kerusi kayu dengan seekor anak kucing kecil berada di bahunya.
Sekali kita pandang, lukisan ini kelihatan biasa sahaja dan tak lah cantik sangat pun. Tetapi, korang jangan terkejut tauu sebab harga lukisan ini mencecah USD$97.0 juta (emmm ... lebih kurang RM388 juta jer ... hahaha ....)
Tanpa kita sedari, di zaman kita ini pun ada ramai pelukis yang ternama sama ada di luar negara atau di dalam Malaysia.
Di sini SatuJutaIdea nak kongsikan berkenaan adik Pipo nie atau nama sebenarnya Nurul Afifah Mohd. Rizal, yang menetap di Jitra, Kedah bersama keluarganya.
Adik Pipo nie tersangat lah istimewa. Menurut ayahnya, Pipo mula dikesan mengalami masalah pendengaran ketika berusia lima tahun. Walaupun pelbagai rawatan dibuat selama beberapa tahun, tetapi belum berjaya merawat masalah yang dihadapinya itu sehinggakan sering menjadi mangsa buli di sekolah.
Akibat daripada itu, Pipo telah nekad untuk berhenti dari sekolah dan ini menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya akan masa depan dirinya.
Sebagai mengisi masanya di rumah, ayahnya telah membelikan peralatan melukis kerana sedia menyedari bahawa Pipo mempunyai bakat melukis yang tersangat istimewa.Semakin hari, bakatnya semakin menyerlah.
Lukisan-lukisan yang dihasilkan juga semakin hebat dan telah dibeli oleh orang ramai. Ini telah meningkatkan lagi keyakinan dirinya untuk berdikari dan terus berkarya walaupun tidak pernah mendapat sebarang latihan khusus.
Kini, usaha gigih Pipo turut berjaya menarik perhatian kerabat Diraja Kedah.
Semuanya bermula apabila beliau telah dijemput untuk mengadakan pameran semasa perasmian School of Creative Industry Management & Performing Arts di Universiti Utara Malaysia, Sintok pada tahun 2019.
Perasmian ini telah disempurnakan oleh Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin. Sembilan keping hasil karya Pipo turut dibeli oleh pihak kerabat.
Rezeki tak pernah salah alamat ... Itu lah yang berlaku kepada Pipo apabila pihak Istana Negeri Kedah telah membuat tempahan untuknya menghasilkan lukisan bangunan bersejarah di negeri ini.
Menurut Pipo, sejumlah dua belas keping lukisan yang telah ditempah.
Tetapi, buat masa ini beliau hanya mampu menyiapkan separuh daripadanya kerana setiap lukisan mengambil masa antara satu ke dua bulan untuk disiapkan.
Ketelitian dan perincian berpuluh-puluh ribu garisan pada setiap lukisan menjadi identiti unik hasil karya Pipo dan membuktikan bahawa sesiapa sahaja mampu berjaya menjana pendapatan asalkan ada kemahuan yang bersungguh-sungguh.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment