Sekeping doh yang dihiasi dengan pelbagai ramuan, sos dan keju dan kemudiannya dibakar ... hmmmm ... sangat menyelerakan kannnn ...
Sekarang ini pelbagai jenama pizza dari luar negara sudah lama bertapak di Malaysia.
Restoran pizza juga bercambah-cambah di bandar-bandar seluruh negara kita membuktikan bahawa wujudnya permintaan kepada makanan ini.
Tapi, tahu kah korang kewujudan kedai atau restoran pizza jenama tempatan ??
Cuba korang selidiki ... jika ada restoran pizza tempatan di tempat korang, nanti maklumkan kepada Admin SatuJutaIdea ya untuk dimasukkan ke web ini.
Untuk kali ini, SatuJutaIdea nak kongsikan berkenaan Pizza Ukhwah di Seremban, Negeri Sembilan. Seperti semua sedia maklum, ini bukan lah posting yang dibayar ya. Dan, ini juga bukan lah posting untuk review produk.
Warga Seremban pastinya tahu di mana lokasi kedai nie yang terkenal dengan tagline "Pizza Paling Lembut di Seremban". Kalau tak tahu, boleh lah cari lokasi kedainya yang terletak di Batu 8, Jalan Pantai.
Perniagaan Pizza Ukhwah diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Mohd. Hafiz Ahmad dan Nurhayati Ismail.
Menurut mereka, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) umpama penambah rezeki buat mereka apabila permintaan semakin meningkat daripada pelanggan-pelanggan baharu dan lama.
Walaupun perniagaannya masih baharu --- mula beroperasi pada bulan Julai tahun 2020 --- namun, pizza yang mereka hasilkan mulai menambat hati para penggemar pizza di kawasan Seremban sehingga mampu mencapai jualan sebanyak 80 biji pizza sehari.
(... emmm ... biji ka keping aaa penjodoh bilangan untuk pizza ... ?? huhuhu ...)
Buat masa ini terdapat pilihan 11 jenis pizza yang dihasilkannya sendiri yang dijual pada harga di antara RM10 hingga RM22 sebiji.
Mohd. Hafiz turut menyatakan bahawa beliau dan isterinya berhasrat untuk membuka kedai berkonsep dine-in bagi memudahkan pelanggan yang ingin menikmati pizza fresh di kedai.
Walau bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana situasi PKP sekarang ini.
Menurut beliau juga, sebagai bersama-sama mematuhi arahan PKP dan SOP COVID-19, warga Seremban boleh lah menempah Pizza Ukhwah melalui laman Facebook: Pizza Ukhwah.
Jom makan pizza !!
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment