Ini adalah antara tips yang biasanya diberikan kepada usahawan atau bakal usahawan sebagai salah satu kaedah untuk mempromosikan jualan mereka.
Segalanya bergantung kepada tahap kreatif sendiri untuk melakukan teknik yang berbeza daripada orang lain agar tindakan yang dilakukan itu dapat memberikan impak positif dan meningkatkan jualan.
Apabila jualan meningkat, maka, bertambah lah juga pendapatan korang nanti ... kannn ... hahaha ...
Di antara teknik yang boleh korang gunakan adalah dengan memakai kostum adiwira untuk menghantar barang pesanan pelanggan.
Korang sanggup ker ??
Kalau korang tak sanggup, ni haaa ... bro Acuk selamba jer memakai kostum Spiderman sambil menaiki motorsikal menghantar sate kepada pelanggan di sekitar Bandar Tenggara, Kota Tinggi dan Kulai.
Acuk, atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus Bachok @ Rahim, berkata, beliau mengenakan kostum ini sebagai satu strategi pemasaran bagi perniagaan sate yang diusahakan bersama keluarganya.
Ditambahkan pula aksi dan gelagatnya umpama seorang adiwira, teknik ini telah berjaya menarik perhatian khususnya golongan kanak-kanak. Ada juga yang mengajaknya untuk bergambar sebagai kenangan.
Katanya, ada juga rakan-rakan yang memperlekehkan imej yang dibawanya ini. Mana kan tidak, melihat gelagat 'Spiderman' ke hulu ke hilir menunggang motorsikal menghantar sate, umpama satu perbuatan yang 'memalukan' buat mereka.
Bagi Firdaus, beliau langsung tidak mengambil hati akan kata-kata ini kerana niatnya adalah untuk mencari rezeki yang halal dan membantu keluarga di samping menghiburkan orang ramai terutama pelanggannya.
Menurutnya lagi, buat masa ini beliau tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan penghantaran yang mencecah sehingga 1,500 cucuk sate sehari.
Ramai pelanggannya yang mahukan sate mereka dihantar oleh 'Spiderman' menyebabkan beliau terpaksa mengehadkan tempahan penghantaran setiap hari.
Di samping menggunakan imej adiwira, perniagaannya turut mendapat sambutan yang menggalakkan kerana tidak mengenakan sebarang caj penghantaran.
Gabungan di antara produk yang lazat, promosi yang hebat dan perkhidmatan yang terbaik, pastinya akan membantu meningkatkan jualan dan menambahkan pendapatan buat pengusahanya.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
PokerStars - Gaming & Slots at Aprcasino
ReplyDeleteJoin the fun at Aprcasino and play the titanium ring best of the best PokerStars casino apr casino games including หารายได้เสริม Slots, Blackjack, Roulette, Video Poker worrione and more!