Bersesuaian dengan penampilannya, kehadiran badut sentiasa menceriakan suasana dan menghiburkan sesiapa sahaja sama ada golongan dewasa atau pun kanak-kanak.
Justeru itu, ada yang menjadikan badut sebagai kerjaya tetap sebagai penghibur di dalam majlis-majlis keraian, perayaan atau pun sambutan hari lahir.
Namun, kesan daripada wabak COVID-19 yang melanda sejak lebih setahun lalu, sudah tiada majlis keraian yang dilaksanakan dan sekaligus menyebabkan tiada sumber pendapatan kepada mereka yang bekerja sebagai badut.
Demi kelangsungan hidup, Mohd Fahmi Mohamad Nadzri, telah mengambil langkah dengan menjadi badut penghantar barang ataupun runner.
Katanya, walaupun berasa rimas dan panas bermekap dan berpakaian kostum badut, tetapi, tetap digagahkannya jua demi mencari rezeki.
Penampilan yang unik menjadi daya tarikan untuk pelanggan menggunakan perkhidmatannya.Katanya lagi, ini adalah sebagai cara mempromosi dan membezakan perkhidmatan runner olehnya.
Baginya juga, menjadi badut bukanlah sesuatu yang baru kerana kerjaya ini sudah sebati di dalam dirinya sejak lebih sepuluh tahun yang lalu dengan dikenali sebagai Speed de Clown di Bandaraya Bersejarah Melaka.
Mohd Fahmi turut mengakui betapa beliau amat rindukan suasana sebelum ini dengan menjadi penghibur di atas pentas dan di majlis-majlis.
Tetapi, apakan daya, situasi semasa tidak mengizinkannya berbuat demikian.
Walau apa pun, beliau tetap bersyukur kerana masih mampu berusaha untuk mencari rezeki menampung kehidupan keluarganya dan berharap semoga keadaan akan menjadi pulih semula.
Umpama kata pepatah, walau badai melanda, namun perjuangan hidup harus lah diteruskan dengan semangat yang waja.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment