Nak berniaga perlu lah ada kemahuan.
Nak berniaga perlu lah ada kesungguhan.
Segala-galanya adalah tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya ketiga-tiga aspek ini digabungkan dan dilaksanakan.
Walau apa jua yang mendatang, pasti akan dapat diharungi dengan semangat waja ... kannn
Maka, dari situ lah akan terhasilnya pengalaman yang sangat berharga yang hanya tuan empunya badan akan merasainya.
Ini lah yang dibuktikan oleh Nor Najwa Najiha M. Yousof yang kini berstatus sebagai penyelia bagi produk susu kambing Goatgeos di Johor Bahru.
Antara pengalamannya yang sangat berharga adalah apabila beliau bersama-sama ahli keluarga terdekat telah berjaya menyiapkan tempahan 2,000 kotak susu kambing dalam tempoh dua hari sahaja.
Walaupun ketika itu beliau sedang sarat hamil anak sulungnya, tetapi, semuanya ini tetap dilakukan dengan semangat yang kental demi kelangsungan perniagaannya.
Baginya, ini terpaksa dilakukan bagi membolehkan semua ejen jualan di bawahnya dapat memenuhi permintaan pelanggan dek kerana penangan COVID-19 yang melanda dan menyebabkan operasi kilang pengeluaran terpaksa dihentikan seketika.
Oleh kerana itu, di atas kebenaran pihak ibu pejabat, beliau telah diberikan kebenaran untuk melaksanakan pembungkusan memasukkan sachet ke dalam kotak pada ketika itu.Menurut Nor Najwa, beliau bermula sebagai agen produk ini kira-kira dua tahun yang lepas setelah terlihat iklan di dalam satu laman media sosial.
Bermula dari situ, beliau berasa tertarik kepada potensi perniagaan produk ini dan memberanikan diri mendaftar menjadi agen produk walaupun tiada pengalaman dalam dunia niaga.
Baginya, untuk berjaya dalam apa jua perniagaan bukan lah suatu perkara yang mudah. Ianya memerlukan kegigihan dan semangat yang tidak mengenal putus asa.
Tempoh masa setahun telah diambil untuk beliau mencapai tahap stokis sebelum seterusnya dilantik menjadi penyelia dengan mempunyai seramai 20 orang ejen, sembilan orang stokis dan empat orang master stokis.
Sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan mahu berusaha bersungguh-sungguh mencapai kejayaan serta sudi berkongsi ilmu dan pengalaman bersama orang lain agar sama-sama berjaya.
Menurut beliau, sesiapa jua yang berminat menambahkan pendapatan boleh lah mengambil peluang ini dan mendaftar sebagai ejen.
Ilmu yang dicari dan pengalaman yang diperoleh akan menjadikan kita lebih gigih dan gagah dalam mengharungi segala cabaran dan dugaan di dalam apa jua perniagaan.
JOM buat D.U.I.T
Doa | Usaha | Ikhtiar | Tawakal
Comments
Post a Comment