Ada di antaranya yang telah hilang punca pendapatan tetap.
Ada juga yang terpaksa 'mengikat perut' demi meneruskan kehidupan dengan harapan agar pandemik ini akan segera berakhir.
Dengan pengumuman oleh kerajaan berkenaan dengan pelaksanaan Fasa 2 dan Fasa 3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini sedikit sebanyak memberikan sinar harapan buat rakyat negara ini.
Walau bagaimanapun, PKP bukan lah bermakna kita hanya perlu berpeluk tubuh duduk di rumah. Ruang masa yang ada ini harus digunakan sebaiknya untuk meningkatkan kualiti diri termasuklah dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Kita perlu berani mencuba dan meneroka bidang baharu yang sebelum ini bukan lah suatu bidang yang pernah kita ceburi.
Sebagaimana Pak Din, atau nama sebenarnya Khairuddin Beran yang tinggal di Felda Medoi, Segamat Johor, pandemik ini telah merubah kehidupannya daripada seorang pengurus acara kepada suatu bidang baharu dengan menjadi pembekal tanah hitam sebagai sumber pendapatan keluarga.
Beliau mengakui terpaksa 'bermain' dengan tanah setelah buntu memikirkan apakah lagi pekerjaan yang mampu dilakukannya di usia mencecah lima dekad.
Justeru itu lah, beliau nekad menghubungi pihak Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk mencari peluang menjana pendapatan.
Di atas kesungguhannya ini, beliau telah diberikan bekalan tanah hitam daripada biji kelapa sawit yang telah dibakar untuk diprosesnya, dibungkus dan dijual.Tanah ini amat baik untuk menyuburkan tanah dan tanaman seperti pokok kelapa sawit, pokok getah, sayur-sayuran dan buah-buahan.
Menurut Pak Din, semua kerja memproses tanah, menapis dan membungkus dilakukannya sendiri kerana kekurangan modal dan tidak mampu untuk mengupah pekerja.
Tanah yang telah siap dibungkus dijualnya pula untuk pasaran di Segamat pada harga RM21 bagi setiap sebungkus tanah seberat 30 kilogram.
Dengan jualannya itu, dapat lah Pak Din menjana pendapatan harian, bergantung kepada jumlah jualannya.
Menurut Pak Din lagi, kudratnya tidak lah segagah orang muda. Namun, segalanya tetap dilakukannya sendiri demi menyara kehidupan keluarga.
Sebagai warga tanah rancangan FELDA, Pak Din turut mengoptimakan penggunanaan tanah di sekeliling rumahnya dengan menanam pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan seperti kailan, cili padi, kubis, kacang panjang, betik dan lain-lain lagi.
Katanya, di samping berusaha untuk menambahkan pendapatan semasa musim pandemik ini, pada masa yang sama kita juga perlu menjadi bijak dengan mengurangkan perbelanjaan dengan mengusahakan ruang tanah yang ada agar hasil yang diperoleh dapat digunakan sendiri atau dijual untuk menambahkan lagi pendapatan.
JOM buat D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment