Abang-abang sado pula pastinya suka untuk hadiahkan teddy bear pada adik-adik manis kannn ... huhuhu ...
Tapi, korang tahu ker asal usul teddy bear nie ??
Patung mainan nie sudah sangat terkenal di seluruh dunia dan ada macam-macam saiz dan warna.
Kalau korang nak tahu, teddy bear dikatakan berasal dari dua negara iaitu Amerika Syarikat.dan Jerman.
Tapi, bukanlah bermaksud mak teddy dari Amerika Syarikat dan ayahnya dari Jerman. Bukan begitu lahhh ...
Diperkatakan bahawa ada pembuat mainan di kedua-dua negara ini yang menciptakan patung mainan beruang ini di awal kurun ke-20.
Kenapa dipanggil teddy bear ??
Kenapa tak dipanggil bear doll ka ... bear toy ka ... ??
Untuk info korang, panggilan teddy ini adalah nama gelaran Presiden A.S. pada ketika itu iaitu Theodore "Teddy" Roosevelt. Ada kisah 'istimewa' di sebalik nama panggilan nie. Korang boleh lah tanya gugel yer ... huhuhu ...
Jikalau dahulunya patung mainan teddy bear ni kecil-kecil sahaja, tetapi, kini, saiznya sudah semakin membesar. Dan korang jangan terkejut pulak jika terjumpa teddy bear yang bersaiz lebih besar daripada saiz manusia dewasa.
Memandangkan wujudnya permintaan dan peluang, maka, dua orang sahabat iaitu Radziman Rani dan Aminur Rahim telah menceburi bidang jualan teddy bear bersaiz besar ini dengan jenama mereka "Bambambear".
Kata mereka, semenjak tahun 2016, permintaan terhadap produk mereka ini semakin meningkat apabila teddy bear semakin popular sebagai hadiah hari lahir, ulang tahun perkahwinan dan majlis graduasi.
Menurut mereka lagi, di awal perniagaan mereka itu jualan purata harian hanyalah lima patung teddy bear. Tetapi, perniagaan ini semakin berkembang dan sehingga kini mereka telah berjaya menjual lebih daripada 10,000 unit patung teddy bear bersaiz besar ini.
Bak kata orang, nak berjaya dalam perniagaan bukan lah sekadar bergantung kepada kemampuan menjual tetapi juga kemampuan menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
Sebagai pengimport langsung (direct importer) teddy bear bumiputera terbesar di Lembah Kelang, mereka terus berusaha gigih mempromosikan produk mereka melalui media sosial untuk menarik lebih ramai pelanggan khususnya golongan muda.
Jika dahulu jualan lebih tertumpu di premis kedai, tetapi kini jualan secara online merupakan platform terbaik apatah lagi dek penangan wabak COVID-19.
Hmmmm ... Mungkin korang masih tertanya-tanya berapa harga teddy bear besar nie kan ??
Harga jualan teddy bear Bambambear adalah mengikut saiz iaitu bermula dari RM50 sehingga RM250. Ada tiga saiz Bambambear iaitu 180 sentimeter (cm), 160cm dan 100cm.
So, korang boleh lah pilih nak saiz apa ya ?? Atau nak hadiahkan kepada siapa ?? Nak buat suprise pun boleh hantar kepada admin SatuJutaIdea ... hahaha ...
Apa-apa pun, syabas lah kepada Radziman dan Aminur di atas usaha mereka ini dan sekaligus membuktikan bahawa apabila kita nampak peluang yang datang, maka, usahakan lah sebaiknya agar mendatangkan hasil.
Comments
Post a Comment