Betul lah tuuu ... jika nak duit masuk ke poket, perlu lah berusaha dengan tulang empat kerat sendiri.
Berusaha lah sendiri dan bukannya korang sekadar duduk di rumah sahaja tanpa berbuat apa-apa, umpama menanti bulan jatuh ke riba dan menghabiskan duit ibu bapa saja ... hahaha ...
Apatah lagi di zaman sekarang ini. Persaingan yang ada teramat lah tinggi di kalangan graduan-graduan institut pengajian tinggi yang mencari pekerjaan bersesuaian dengan kelulusannya.
Tambahan pula, dengan situasi pandemik COVID-19 di negara kita, banyak sektor yang tidak dapat beroperasi sepenuhnya menyebabkan kurangnya pekerjaan atau jawatan kosong.
Namun, ini bukan lah suatu alasan untuk sekadar duduk sahaja tanpa berusaha mencari rezeki.
Buktinya adalah perniagaan teh masala jenama Tea Thambi di Brickfields, Kuala Lumpur, yang diusahakan oleh seorang anak muda graduan kelulusan kejuruteraan mekanikal universiti tempatan, iaitu saudara S. Kavievanan.
Uniknya perniagaan ini adalah beliau menggunakan basikal tua sebagai kenderaan rasminya untuk berniaga minuman masala chai yang dijual di dalam cawan pada harga satu ringgit sahaja.
Kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap telah mengilhamkan kepadanya perniagaan secara kecil-kecilan ini. Baginya, apa yang penting adalah mempunyai sumber pendapatan sendiri tanpa perlu membebankan dan hanya bergantung kepada keluarga.
Tapi ... soalan yang biasa ditanya ... Mengapa memilih menggunakan basikal ??
Katanya, keunikan perniagaan secara berbasikal dapat menarik perhatian pelanggan. Selain itu, kos operasinya juga adalah lebih murah berbanding kenderaan bermotor lain serta mudah untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Katanya lagi, untuk berjaya, perlu dibuang perasaan malu terutamanya ketika berhadapan dengan masyarakat. Di awal perniagaannya, beliau pernah bergerak dari kedai ke kedai di sekitar Briekfields untuk memperkenalkan dan menjual teh masala ini.
Walaupun pada ketika itu hanya mampu menjual sebanyak 30 cawan teh sahaja sehari, namun, beliau tetap gigih berusaha meneruskan perniagaannya di samping mempromosikan Tea Thambi di saluran media sosial.
Kesungguhannya ini berbaloi apabila mampu menjual sehingga 300 cawan teh sehari.
Selain daripada teh masala, beliau turut menjual roti kering sebagai kudapan untuk dimakan bersama teh masala. Gabungan antara kedua-duanya sangat menarik selera pelanggan.
Kavievanan turut mengakui bahawa wujud pandangan sinis kepadanya kerana hanya bekerja menjual teh menggunakan basikal. Tetapi, beliau mengambil pendekatan bersikap positif demi memajukan lagi perniagaannya ini.
Apa yang paling penting adalah kemampuan untuk menjana pendapatan sendiri di samping turut memberi peluang kepada rakan-rakannya mengoperasikan cawangan-cawangan lain di sekitar Kuala Lumpur.
Kejayaan pasti akan datang kepada sesiapa yang gigih berusaha.
Rezeki pasti akan bertambah sekiranya kita turut sudi berkongsi peluang dan rezeki kepada orang lain.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Ikhtiar | Tawakal
Comments
Post a Comment