Dalam keadaan ini, beberapa sektor perniagaan sedang 'bertahan hidup', sama ada daripada jatuh terlingkup atau terus ditutup.
Tetapi ... agak mengejutkan juga kepada kita kerana masih ada syarikat yang berani melangkah ke depan mengambil risiko besar dengan mengambilalih perniagaan syarikat lain.
Salah satunya adalah The Blanket Hotel Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seberang Jaya, Pulau Pinang, yang telah mengambilalih pengurusan Vouk Hotel Suites yang terlerak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.
Pengambilalihan ini telah terlaksana lebih kurang beberapa bulan lepas sebagai satu pelaburan strategik The Blanket Hotel meluaskan rangkaian hotelnya di Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang yang sangat terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong.
Pengarahnya, Puan Ieja Hindun Salleh, berkata, pengambilalihan ini dibuat kerana Vouk Hotel Suites terletak di kawasan strategik serta masih berpotensi untuk terus dimajukan dan menjana pendapatan kepada syarikat.
Selain itu, dengan adanya pelanggan setia daripada sektor korporat, awam dan individu turut dapat menyumbang kepada kadar tempahan penginapan dan sekaligus dapat menyumbang kepada keuntungan apabila sektor pelancongan kembali pulih kelak.
Sebagai penambahbaikan, beberapa peningkatan perkhidmatan akan turut dilaksanakan selaras dengan strategi perniagaan bagi menarik perhatian bakal pelanggan baharu dan sekaligus meningkatkan kadar penginapan dan jualan di hotel ini.Katanya lagi, dalam situasi semasa sekarang ini, sememangnya sangat diharapkan agar semua hotel di bawah pengurusan The Blanket Hotel mampu menjana jualan dan memperoleh pendapatan yang mencukupi sekurang-kurangnya untuk pusingan kos operasi.
Ini adalah agar tidak menjejaskan pekerja-pekerja syarikat ini yang bergantung punca pendapatan mereka kepada pekerjaan di hotel-hotel ini.
Dalam aspek perancangan masa depan, syarikat ini juga merancang untuk meneroka pasaran perhotelan di rantau ASEAN.
Penambahan bilangan hotel di dalam dan di luar negara akan mengukuhkan lagi empayarnya dalam tahun-tahun mendatang.
Oleh kerana itu lah, kini adalah masa yang sangat sesuai untuk meneroka dan mencari peluang-peluang baru agar pendapatan dapat terus dijana pada masa kini dan di masa akan datang.
Peluang pastinya ada dan menantikan sesiapa sahaja yang berkemahuan dan berusaha.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment