Skip to main content

Durian Tupai 226 Pulau Pinang

Sebut ja durian pastinya korang akan terfikir pasal durian Musang King, IOI, D24, durian kampung, durian kahwin dan durian tak kahwin (emmm ... ada kaa ?? hahaha ...)

Tapi ... tahu kah korang bahawa terdapat lebih daripada 100 varieti durian yang telah didaftarkan di Malaysia, di bawah bidang kuasa Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.

Pendaftaran varieti tanaman bagi Daftar Varieti Tanaman Kebangsaan adalah bertujuan untuk mendaftar kepelbagaian varieti pelbagai tanaman seperti buah-buahan, sayuran, bunga-bungaan dan lain-lain yang ditanam di Malaysia.

Senarai varieti tanaman adalah merangkumi varieti diketahui umum (common knowledge) termasuklah varieti yang dilindungi di bawah Hak Pembiak Baka --- Plant Breeders' Rights juga dikenali sebagai Plant Variety Protection (PVP) yang merupakan hak Intellectual Property pembiak tanaman ini.

Bercakap pasal durian ... pada tahun 2021 ini sahaja, ada empat varieti baharu yang telah didaftarkan pada 28 Januari iaitu durian S17 (D212) dan TUNGKU 3 (D213) di Johor, TUPAI 226 (D214) di Pulau Pinang dan WM (D215) di Negeri Sembilan.

Untuk info korang juga, Dxxx ini adalah Nombor Pendaftaran Varieti di mana huruf "D" itu adalah Kod Daftar bagi varieti durian. Untuk durian belanda pula, Kod Daftar yang digunakan adalah DB.

Okey ... dah panjang lebar sangat Admin berkongsi berkaitan perkara varieti nie. Sekarang jom kita makan ... ehhh ... bercerita pasal varieti durian terbaru di Pulau Pinang --- Tupai King.

TUPAI 226 adalah merupakan nama rasmi kepada varieti durian ini yang didaftarkan oleh Encik Chew Chee Wan beralamat di Sungai Ara, Pulau Pinang.

Varieti dengan nombor pendaftaran D214 ini telah diperakui secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pertanian pada 26 Februari lalu dan semakin menjadi popular dengan nama gelaran durian Tupai King.

Khabar-khabar berita menyatakan bahawa keunikan rasa durian ini mampu mencabar durian-durian popular lain seperti Musang King dan Duri Hitam.

Dilaporkan juga bahawa di dusun pengusaha tersebut terdapat 46 batang pokok Tupai 226 dan sekaligus membolehkannya mendaftarkan durian ini sebagai varieti yang baharu kerana telah memenuhi semua syarat yang diperlukan termasuklah mempunyai minima lima batang pokok (syarat permohonan pendaftaran bagi kategori tanaman buah-buahan).

Soalan popular daripada korang ... apakah ciri-ciri untuk mengenalpasti buah durian Tupai King atau Tupai 226 ini ??

Menurut kepada Pengarah Pertanian Negeri Pulau Pinang, Encik Mohd. Muhaimin Ibrahim, antara ciri-ciri Tupai King adalah kulitnya berwana hijau keperangan, buah berbentuk ovat (bujur se­perti telur) dengan pangkal membulat dan hujung menajam.

Purata berat durian Tupai King adalah 2.1 kilogram (kg) dengan purata sebanyak sembilan ulas bagi setiap buah. Purata berat isinya pula adalah 0.7kg.

Isinya pula berwarna jingga keku­ningan dengan aroma, kepahitan, tekstur dan berkrim pada tahap sederhana. Tahap kema­nisannya juga boleh lah danggap tinggi (berbanding dengan mempelam harum manis Terengganu ... huhuhu) dengan bacaan purata 39 darjah Brix.

Menurut Encik Chew Chee Wan pula, durian Tupai King yang ditanamnya itu telah mendapat respon yang sangat baik daripada para penggemar durian dan telah mempunyai pelanggan setia sejak sepuluh tahun yang lalu.

Beliau yang berniaga durian di Jalan Paya Terubong di Relau, Bayan Lepas, sentiasa tidak menang tangan menerima permintaan daripada pelanggan.

Walau bagaimanapun, memandangkan stok adalah agak terhad kerana buat masa ini beliau hanya mempunyai 16 pokok yang sudah matang dengan penghasilan kira-kira 1,000 biji buah sahaja setahun (iaitu dalam bulan Jun dan Julai). 

Ditambahkan lagi dengan keunikan rasanya yang manis-manis pahit, maka, harga Tupai King yang dijualnya pada tahun lepas adalah sekitar RM 70 sekilogram dan dijangka mampu mencecah sehingga harga RM 100 pada tahun ini.

Beliau turut menjangkakan bahawa suatu hari nanti apabila telah dikomersialkan semaksimanya, durian Tupai King akan mampu menyaingi populariti durian Duri Hitam yang ketika ini adalah termahal di Malaysia.

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Dodol Opah Yang Kampung Gajah

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya akan mengenali sejenis makanan yang dikenali sebagai dodol. Rasanya yang liat dan kenyal adalah ciri unik yang ada pada dodol. Ada pelbagai jenis dodol --- dodol asli, dodol durian, dodol pulut hitam, dodol pandan, dodol kawah, dodol pressure cooker  --- dan jiran korang Wak Dol itu bukan lah sejenis dodol yaa .... huhuhu Jika dahulu kala dodol menjadi santapan di musim hari raya, tetapi kini, dodol sudah boleh didapati pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Rasanya yang manis berlemak dan kenyal umpama chewing gum  yang boleh dikunyah dan ditelan, telah menjadi hidangan minum petang sama ada di kampung atau di bandar. Maka, kerana itu lah, perusahaan dodol adalah antara merupakan perusahaan makanan tradisional yang menjadi pilihan untuk diteruskan oleh pewaris-pewaris pembuat dodol tradisional. Walaupun bagaimanapun, di atas keperluan dan faktor komersial, pembuatan dodol masa kini bukanlah lagi menggunakan kawah dan kayu api. Walaupun seme

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Sate Spiderman Kota Tinggi

Lakukan perkara berbeza untuk menarik perhatian pelanggan !! Ini adalah antara tips yang biasanya diberikan kepada usahawan atau bakal usahawan sebagai salah satu kaedah untuk mempromosikan jualan mereka. Segalanya bergantung kepada tahap kreatif sendiri untuk melakukan teknik yang berbeza daripada orang lain agar tindakan yang dilakukan itu dapat memberikan impak positif dan meningkatkan jualan. Apabila jualan meningkat, maka, bertambah lah juga pendapatan korang nanti ... kannn ... hahaha ... Di antara teknik yang boleh korang gunakan adalah dengan memakai kostum adiwira untuk menghantar barang pesanan pelanggan. Korang sanggup ker ?? Kalau korang tak sanggup, ni haaa ... bro Acuk selamba jer memakai kostum Spiderman sambil menaiki motorsikal menghantar sate kepada pelanggan di sekitar Bandar Tenggara, Kota Tinggi dan Kulai. Acuk, atau nama sebenarnya Mohamad Firdaus Bachok @ Rahim, berkata, beliau mengenakan kostum ini sebagai satu strategi pemasaran bagi perniagaan sate yang diusah

The Blanket Hotel Terus Mengembang

Dek kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, perniagaan yang berkaitan dengan industri pelancongan amat terkesan sekarang ini. Dalam keadaan ini, beberapa sektor perniagaan sedang 'bertahan hidup', sama ada daripada jatuh terlingkup atau terus ditutup. Tetapi ... agak mengejutkan juga kepada kita kerana masih ada syarikat yang berani melangkah ke depan mengambil risiko besar dengan mengambilalih perniagaan syarikat lain. Salah satunya adalah The Blanket Hotel Sdn. Bhd. yang beroperasi di Seberang Jaya, Pulau Pinang, yang telah mengambilalih pe­ngurusan Vouk Hotel Suites yang terlerak di Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang. Pengambilalihan ini telah terlaksana lebih kurang beberapa bulan lepas sebagai satu pelaburan strategik The Blanket Hotel meluaskan rangkaian hotelnya di Malaysia, terutamanya di Pulau Pinang yang sangat terkenal sebagai tempat tumpuan pelancong. Pengarahnya, Puan Ieja Hindun Salleh, berkata, pengambilalihan ini dibuat kerana Vouk Hotel Suites t
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE