Skip to main content

Jual Kasut Converse RM40 Ribu

Posting ini bukan iklan kasut Converse ya ... huhuhu ...

Kali ini Admin SatuJutaIdea nak berkongsi berkenaan seorang brother yang merupakan pengumpul barangan antik yang mampu menjana pendapatan hasil jualan barangan koleksinya.

Kagum !! Salute !! Respect !!

Admin rasa ini lah yang paling sesuai Admin perkatakan mengenai kesanggupan dan minatnya mengumpulkan barangan antik tetapi sayangnya terpaksa dijual akibat situasi semasa pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan pendapatannya.

Okey ... sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai jualannya itu, jom kita susuri sejenak mengenai kasut Converse.

Sebut ja Converse, pastinya korang tahu atau pernah nampak kasut jenama nie. Tapi, jika disebut nama Charles "Chuck" Taylor, tahu kah korang siapa gerangan orangnya ??

(Pssst ... nama Converse ini adalah berasal dari nama pemiliknya iaitu Marquis Mills Converse yang mula membuka syarikat Converse Rubber Shoe Company di Malden, Massachusetts, pada tahun 1908 , yang menghasilkan pelbagai produk berasaskan getah)

Sekitar tahun 1921, Chuck Taylor iaitu seorang pemain bola keranjang semi-profesional telah menyertai syarikat Converse sebagai jurujual dan telah berkongsi idea untuk menambahbaik rekabentuk kasut bola keranjang yang lebih fleksibel, selesa dipakai dan tapaknya bersifat non-skid.

Sepanjang kerjayanya bersama Converse, Chuck Taylor turut menjadi pemain dan jurulatih pasukan Converse All-Stars, iaitu pasukan bola keranjang syarikat ini.

Chuck turut berpeluang mengembara ke seluruh Amerika Syarikat untuk mengadakan klinik latihan bola kerajang serta mempromosian kasut Converse All Stars.

Kemahiran jualannya telah berjaya menghasilkan pulangan yang tinggi kepada syarikat.

Sebagai satu penghargaan kepada usaha dan sumbangannya, nama Chuck Taylor telah diabadikan pada ankle patch kasut ini sehingga lah ke hari ini (dan mungkin juga selamanya).

Okey ... kembali kepada kisah brother dari Kota Bharu, Kelantan yang telah berjaya menjual kasut Converse Non-Skid yang pertama di dunia, pada harga bukan seribu atau sepuluh ribu, tetapi RM40,800, yang telah dibeli oleh seorang pembeli yang dikenali sebagai Dynamo Rasqputin.

Menurut brother ini, Wan Irfayuinazain Wan Ab Aziz, yang merupakan seorang pengumpul kasut antik dan vintaj, beliau terpaksa menjual koleksinya ini demi kelangsungan hidup akibat situasi pandemik sekarang.

Menurutnya lagi, kasut tersebut dibelinya pada tahun 2018 daripada pasangan suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat, berserta dengan sepasang seluar pendek dan pelindung lutut bola keranjang vintaj.

Baginya, ini lah yang menjadikan 'kisah' kasut tersebut menjadi sangat istimewa kerana set barangan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Membeli 'kasut buruk' pada harga sehingga RM40 ribu ??

Menurut Dynamo Rasqputin, beliau membeli kasut ini dengan fikiran yang waras tanpa sebarang paksaan kerana baginya ia adalah satu bentuk pelaburan di alaf baharu.

Katanya lagi, terdapat ramai pengumpul barangan vintaj yang sanggup membelanjakan sejumlah wang demi mendapatkan barangan yang mereka inginkan. Dan, tak mustahil bahawa 'kasut buruk' yang baru dibelinya itu akan mampu dijualnya pada harga yang lebih tinggi kelak.

Hanya jauhari yang mengenal manikam --- pandangan mata orang ramai pastinya tidak sama dengan pandangan mata para pengumpul barangan antik dan vintaj.

Justeru itu lah, apabila kita memandang sesuatu dari segi nilai yang ada padanya, maka, kita akan dapat melihat potensi besar bahawa ianya mampu menjana pendapatan buat kita.

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Aiman Durian Bukit Lintang Melaka

"Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge), Moh kite minang anok dare (anok dare)" Hahaha ... Admin yakin ramai antara korang yang tahu siapa penyanyi lagu nie kan ?? Apabila tiba ja musim durian, dapat lah kita lihat tumbuhnya gerai-geai di tepi jalan yang menjual raja buah ini. Cakap ja nak durian jenis apa ... kampung, kahwin, D24, raja kunyit, udang merah, IOI dan lain-lain lagi ... boleh ja korang dapat asalkan ada duit nak membayarnya nanti. Dan ... korang jangan terkejut pulak ya ... dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 200 jenis durian yang telah didaftarkan di Malaysia. Pelbagai variati yang wujud ini umpama kepelbagaian sektor perniagaan yang ada di negara ini. Jikalau dibandingkan dengan sektor pelancongan, nampaknya 'sektor' jualan durian agak kurang terjejas dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selera rakyat Malaysia terhadap raja buah ini langsung tidak terkesan oleh PKP !! Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada, mudah sahaja

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

Alangkah bertuahnya anak-anak Negeri Sembilan dengan adanya TUNS Plus nie. First time  korang dengar ker ?? Ehhh ... jangan lah terkejut pulak. Ini bukan anugerah gelaran. TUNS Plus ini adalah singkatan kepada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan. TUNS Plus ini juga adalah kesinambungan kepada program TUNS terdahulu. Pastinya, ini adalah satu berita baik kepada warga Negeri Sembilan kerana pada tahun 2021, kerajaan negeri telah menyediakan dana sebanyak RM3.0 juta kepada usahawan-usahawan mikro di negeri ini terutamanya yang terkesan dengan situasi semasa pandemik COVID-19. Menurut Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, TUNS Plus adalah merupakan bantuan pinjaman mudah tanpa faedah. Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 200 usahawan mikro yang berminat mendapatkan bantuan ini dan sekaligus

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Akuaponik Farm2Fork

Pejam celik dah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita. Cara hidup, cara bekerja dan cara belajar juga telah berubah sama sekali berbanding dengan sebelum ini. Tanpa kita sedari, ada masa-masa terluang yang telah terbuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Tetapi, usah khuatir, kerana ruang dan peluang masih ada untuk kita merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah tatkala berada di rumah. Antaranya adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian sama ada dengan projek tanaman sayuran menggunakan tanah atau tanpa tanah. Kaedah tanaman secara hidroponik telah lama berada di negara kita. Walaupun kaedah ini sesuai terutamanya di kawasan bandar, tetapi terdapat kekurangannya juga kerana seringkali timbul permasalahan pembiakan nyamuk Aedes. Kita pun pastinya tak nak lah menjadi penternak nyamuk Aedes yang 'berjaya' kan ... huhuhu ... Justeru itu lah munculnya idea bagi mengoptimakan penggunaan air yang digunaka
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE