Skip to main content

Kopi 'Najis' Burung Jacu Camocim Estate Brazil

Huhuhu ... jika sebelum ini korang hanya biasa mendengar kopi luwak (musang) yang terkenal dari negara jiran kita Indonesia.

Kali ini, Admin SatuJutaIdea nak bawa kan pula mengenai kopi 'najis' burung jacu yang diterbangkan khas dari benua Amerika Selatan.

Brazil ... selain daripada menghasilkan ratusan pemain-pemain bolasepak terkemuka ... turut mampu menghidangkan korang dengan aroma kopi yang sangat unik aroma dan rasanya.

Dikatakan sebagai kopi terbaik dari negara Brazil --- kopi 'najis' burung jacu merupakan kopi eksotik yang dihasilkan secara semulajadi tanpa tambahan bahan pengawet atau bahan kimia yang lain.

Walaupun kita sebutnya sebagai kopi 'najis' burung, tetapi, korang jangan lah risau pulak. Tiada najis (tahi) burung jacu yang dimasukkan dalam ramuan kopi nie ... hahaha ...

Kandungan kopi burung jacu adalah 100% biji kopi asli yang telah dimakan dan dicernakan oleh burung jacu iaitu sejenis burung hutan yang terdapat di dalam hutan-hutan di Amerika Selatan.

Bercerita mengenai lokasi penghasilan kopi ini, ladang kopi Camocim Estate yang berkeluasan kira-kira 50 hektar adalah terletak kira-kira satu kilometer dari kaki gunung Pedra Azul (Blue Rock), di kawasan Domingos Martins, Espirito Santo (negeri), Brazil.

Ladang kopi ini adalah merupakan antara ladang kopi yang terkecil di Brazil. Walaupun begitu, keunikan pada kopi burung jacu telah menjana pendapatan yang sangat lumayan kepada ladang ini.

Segalanya bermula sekitar awal tahun 2000.

Henrique Sloper de Ara├║jo, pemilik Camocim Estate, menghadapi  'masalah' apabila kawasan ladangnya seringkali 'meriah' dengan kehadiran burung jacu yang suka memakan biji-biji kopi organik yang ditanam di ladangnya.

Beliau mencuba beberapa cara untuk menghalau burung-burung liar ini tetapi segala usahanya tidak berhasil.

Untuk menangkap, menyakiti atau pun membunuh burung ini juga tidak dibenarkan kerana burung jacu adalah merupakan di antara spesis burung yang dilindungi oleh undang-undang di negara Brazil.

Maka, tiada apa yang dapat dilakukannya lagi selain membiarkan sahaja burung-burung ini menikmati biji-biji kopi yang lazat dan melihat najis-najis burung ini bertaburan di kawasan ladangnya.

Lama kelamaan, di sepanjang pemerhatian Henrique, beliau mendapati bahawa burung-burung pacu sangat teliti memilih biji-biji kopi yang hendak dimakannya. Hanya biji-biji kopi yang terbaik sahaja dijamah oleh burung-burung tersebut.

Ini sekaligus menimbulkan satu idea kepada Henrique yang pernah menikmati hidangan kopi luwak semasa berada di Indonesia pada suatu ketika dahulu.

Beliau berfikir, jika di Indonesia mampu menghasilkan kopi terbaik daripada biji-biji kopi di dalam najis musang, maka, tak mustahil lah untuknya melakukan perkara yang sama di ladangnya sendiri.

Untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik bukan lah perkara yang mudah. Pada peringkat awal, beliau telah menghadapi cabaran terbesar iaitu bagi meyakinkan pemetik-pemetik kopi untuk mengutip najis burung yang mengandungi biji kopi.

Walaupun tugas ini nampak jijik, tetapi akhirnya beliau telah berjaya meyakinkan mereka dengan memberikan gaji yang lebih lumayan untuk tambahan kepada 'tugasan khusus' ini.

Proses pengumpulan ini juga adalah sangat sukar. Untuk mencari najis-najis burung jacu memerlukan tenaga kerja fizikal kerana burung ini bersifat bebas dan liar dan 'berak' di mana-mana sahaja.

Setelah dijumpai dan dikumpulkan, najis ini perlu dibersihkan bagi mendapatkan biji-biji kopi. Semuanya dilakukan secara manual menggunakan tangan ... huhuhu ...

Kemudiannya, baru lah bijian kopi boleh dikeluarkan daripada kulit pelindungnya sebelum dihantar ke kilang untuk proses selanjutnya --- dibersihkan lagi, diproses dan dibungkus untuk jualan tempatan atau dieksport.

Maka, kerana itu lah kopi burung jacu keluaran Camocim Estate adalah lebih mahal berbanding kopi lain. Pada harga USD1000 (atau kira-kira RM4,000) sekilogram, pastinya ia hanya akan mampu untuk dilihat sahaja berbanding untuk dinikmati oleh golongan marhaen seperti kita ini ... huhuhu ...

Tetapi, andai kata ingin dicuba, boleh mencuba ya --- cuba lah mencari idea-idea menjana pendapatan korang di web SatuJutaIdea ini. Mudah-mudahan kelak akan mampu menikmati secangkir kopi 'najis' burung jacu sambil menikmati keindahan alam di ladang Camocim Estate.

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Aiman Durian Bukit Lintang Melaka

"Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge), Moh kite minang anok dare (anok dare)" Hahaha ... Admin yakin ramai antara korang yang tahu siapa penyanyi lagu nie kan ?? Apabila tiba ja musim durian, dapat lah kita lihat tumbuhnya gerai-geai di tepi jalan yang menjual raja buah ini. Cakap ja nak durian jenis apa ... kampung, kahwin, D24, raja kunyit, udang merah, IOI dan lain-lain lagi ... boleh ja korang dapat asalkan ada duit nak membayarnya nanti. Dan ... korang jangan terkejut pulak ya ... dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 200 jenis durian yang telah didaftarkan di Malaysia. Pelbagai variati yang wujud ini umpama kepelbagaian sektor perniagaan yang ada di negara ini. Jikalau dibandingkan dengan sektor pelancongan, nampaknya 'sektor' jualan durian agak kurang terjejas dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selera rakyat Malaysia terhadap raja buah ini langsung tidak terkesan oleh PKP !! Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada, mudah sahaja

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

Alangkah bertuahnya anak-anak Negeri Sembilan dengan adanya TUNS Plus nie. First time  korang dengar ker ?? Ehhh ... jangan lah terkejut pulak. Ini bukan anugerah gelaran. TUNS Plus ini adalah singkatan kepada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan. TUNS Plus ini juga adalah kesinambungan kepada program TUNS terdahulu. Pastinya, ini adalah satu berita baik kepada warga Negeri Sembilan kerana pada tahun 2021, kerajaan negeri telah menyediakan dana sebanyak RM3.0 juta kepada usahawan-usahawan mikro di negeri ini terutamanya yang terkesan dengan situasi semasa pandemik COVID-19. Menurut Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, TUNS Plus adalah merupakan bantuan pinjaman mudah tanpa faedah. Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 200 usahawan mikro yang berminat mendapatkan bantuan ini dan sekaligus

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Akuaponik Farm2Fork

Pejam celik dah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita. Cara hidup, cara bekerja dan cara belajar juga telah berubah sama sekali berbanding dengan sebelum ini. Tanpa kita sedari, ada masa-masa terluang yang telah terbuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Tetapi, usah khuatir, kerana ruang dan peluang masih ada untuk kita merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah tatkala berada di rumah. Antaranya adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian sama ada dengan projek tanaman sayuran menggunakan tanah atau tanpa tanah. Kaedah tanaman secara hidroponik telah lama berada di negara kita. Walaupun kaedah ini sesuai terutamanya di kawasan bandar, tetapi terdapat kekurangannya juga kerana seringkali timbul permasalahan pembiakan nyamuk Aedes. Kita pun pastinya tak nak lah menjadi penternak nyamuk Aedes yang 'berjaya' kan ... huhuhu ... Justeru itu lah munculnya idea bagi mengoptimakan penggunaan air yang digunaka
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE