Huhuhu ... pizza berisi durian ... memang unik kann ... apatah lagi sekiranya isinya menggunakan durian 'kayangan'.
Tetapi, pada harga RM12 bagi sekeping pizza bersaiz lapan inci dan RM20 bagi saiz 11 inci, pastinya pizza durian Musang King ini mampu untuk korang nikmati sambil bersantai-santai ketika bekerja dari rumah.
Namun, lupakan dahulu buat seketika waktu hasrat korang tu jika korang berada di Selangor atau Perlis atau tempat lain selain di Banggol Peradong, Manir, Kuala Terengganu.
Ini kerana, pizza yang special ini dibuat dan dijual di Mystreet Pizza Kitchen yang terletak di Kampung Bukit Guntung, Banggol Peradong.
Idea ini dicetuskan oleh dua beradik pengusaha pizza iaitu Nur Hanani Ismail dan Ahmad Najib Ismail, sebagai tambahan kepada menu pizza yang sedia ada di kedai mereka.
Ini memberi peluang kepada para penggemar pizza merasai menu limited edition yang hanya dihasilkan ketika musim durian.
Selain itu, ia juga memberi peluang kepada para penggemar raja buah ini menikmatinya dengan cara baharu pada harga yang berpatutan.
Menurut kata Nur Hanani, pizza yang mereka hasilkan adalah amat istimewa rasanya kerana dibakar menggunakan dapur oven kayu.
Namun, bukan semua jenis kayu yang boleh digunakan sebagai bahan bakar kerana setiap kayu menghasilkan aroma yang berbeza.
Di Mystreet Pizza Kitchen, mereka hanya menggunakan kayu pokok buah-buahan seperti rambutan dan jambu kerana aromanya lebih 'sedap'.
Menurut Nur Hanani lagi, isi durian Musang King segar diperoleh mereka daripada sebuah kilang di Raub yang membekalkannya dalam bentuk pes.Gabungan rasa lemak manis isi durian bersama dengan keju dan doh pizza yang lembut, telah berjaya menarik minat pelanggan dan mampu dijual sehingga 30 keping sehari.
Tambahan pula, dengan teknik membakar hanya selama dua minit di dalam dapur kayu ini menjadikannya satu produk yang sedap dan unik rasanya.
Hasil jualan sehingga 250 keping sehari menjadi bukti bahawa pizza yang mereka hasilkan ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk tempatan.
Salah satu menu signature mereka adalah pizza daging salai yang turut mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan.
Selain daripada di lokasi ini, mereka juga mempunyai dua lagi kiosk iaitu di Losong dan Wakaf Tembesu dan merancang untuk mengembangkan perniagaan dan membuka beberapa lagi cawangan di lokasi lain.
Usaha ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan di kawasan lain menikmati pizza dapur kayu yang lazat, tetapi juga membuka peluang pekerjaan kepada individu-individu yang mencari mata pencarian.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment