Ada pelbagai peluang yang wujud di sekeliling kita. Bezanya cuma sama ada kita 'nampak' atau tidak.
.....
Kebiasaannya, kita hanya pernah membaca atau mendengar bahawa stesen janakuasa hidroelektrik berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dengan menggunakan kuasa air.
Di negara kita juga terdapat beberapa stesen janakuasa hidroelektrik bersaiz mega seperti di Empangan Kenyir, Terengganu dan Empangan Bakun, Sarawak.
Selain itu, terdapat juga beberapa stesen janakuasa hidroelektrik lain yang bersaiz lebih kecil di seluruh negara. Kesemuanya ini disambungkan ke jajaran grid kebangsaan bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi di seluruh negara.
Tetapi ... pernah kah korang melihat jiran tetangga atau ahli keluarga korang di kampung-kampung yang mempunyai stesen janakuasa hidroelektrik milik mereka sendiri ??
Memang tersangat rare lah kannn !!!
Namun, perkara ini bukan lah sesuatu yang pelik di negara Jepun kerana telah wujudnya Spiral PicoPica Hydraulic Power Unit yang terhasil daripada inovasi rekacipta seorang jurutera bernama Masaya Sumino.
Beroperasi di bawah syarikat Sumino Co. Ltd., syarikat yang terletak di Wilayah Gifu ini telah berjaya menghasilkan dan menjual dua jenis model iaitu PicoPica10 dan PicoPica500.Menurut beliau, air adalah merupakan satu sumber tenaga asli yang perlu dimaksimakan penggunaannya.
Air yang sentiasa mengalir di sungai atau parit boleh digunakan untuk menjana tenaga elektrik pada kos yang amat minima.
Justeru itu lah terciptanya alat penjana kuasa elektrik mini ini yang boleh dipasang di mana sahaja di lokasi yang bersesuaian.
Menurut beliau lagi, PicoPica10 yang beratnya kira-kira 17.5 kilogram (kg), dengan saiz panjang dan lebar kira-kira 1 meter x 28 cm, adalah amat mudah untuk dibawa, dikendalikan dan dipasang di laluan air seperti di parit.
Alat ini mampu menjana kira-kira 10 Watt (W) tenaga elektrik dan sesuai digunakan sebagai bahan pembelajaran atau sumber tenaga kepada lampu-lampu keselamatan.
Di dalamnya terdapat besi turbin spiral yang akan berputar apabila air melaluinya. Pergerakan ini akan menjana tenaga elektrik yang diperlukan.
Menurutnya lagi, PicoPica500 adalah model yang bersaiz lebih besar dan mampu menjana sebanyak 500W tenaga elektrik. Beratnya adalah kira-kira 250kg dan sesuai digunakan untuk membekalkan tenaga elektrik ke rumah atau untuk kegunaan lampu jalan.
Inovasi rekaciptanya ini merupakan satu sumbangan besar kepada komuniti kerana PicoPica boleh dibawa ke kawasan yang terpencil yang tiada akses kepada jajaran grid bekalan elektrik.
Berdasarkan kepada sumber, syarikat Sumino telah berjaya menjual lebih daripada 500 unit PicoPica.
Ini sekaligus membuktikan bahawa alat penjana kuasa hidroelektrik bukan lah sekadar menjana tenaga elektrik kepada penggunanya, tetapi juga menjana pendapatan kepada perekaciptanya.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment