Dan ... kalau korang nak tahu, ada juga lagu dan filem berjudul 'keladi' seperti filem tahun 60an berjudul Miang-Miang Keladi arahan pengarah terkenal Omar Rojik dan lagu nyanyian Salamiah Hassan yang juga berjudul Miang-Miang Keladi yang popular sekitar tahun 70an.
Selain itu, dikatakan juga ada jenis-jenis keladi tertentu yang dijadikan sebagai bahan perubatan secara tradisional.
Namun, kegunaan dan keberkesanannya tidak lah dapat Admin SatuJutaIdea nak pastikan. Tetapi, Insya Allah akan dikongsikan kelak sekiranya maklumat tepat telah diperoleh.
Namun begitu, apa yang tersangat pasti adalah tanaman keladi telah menjadi sinonim dalam kehidupan masyarakat kita sehinggakan ianya semakin popular sebagai tanaman hiasan di rumah.
So, dalam posting kali ini, Admin nak kongsikan berkenaan potensi tanaman keladi hiasan yang mampu menjana pendapatan buat korang dengan hanya beroperasi dari rumah sahaja.
Dilaporkan dalam berita sejak tahun lepas lagi pokok keladi hiasan mulai mendapat tempat di hati wanita berkerjaya yang telah kebosanan kerana terpaksa berada dan bekerja dari rumah ... huhuhu ...
Maka, hobi bercucuk tanam mulai menambat hati-hati mereka ini untuk menanam pelbagai sayuran, bunga-bungaan dan juga pokok keladi hiasan.
Walaupun hanya sebagai hobi mengisi masa lapang, hasil sayuran yang ditanam ini boleh lah juga digunakan untuk kegunaan sendiri kan. Dapat lah juga merasai tanaman organik tanpa racun kimia.
Dek kerana kuasa media sosial, ada beberapa jenis pokok keladi seperti keladi cat tumpah dan keladi telinga gajah telah menjadi viral sehinggakan harganya melonjak tinggi ke tahap harga 'kayangan'.Setelah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, tanaman keladi hiasan masih lagi mendapat permintaan daripada para peminatnya.
Kerana itu lah, peluang niaga ini sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat mengusahakannya, hatta di laman rumah sendiri sekali pun.
Cara paling mudah adalah korang beli anak pokok keladi, jaga dengan baik dan jual setelah membesar.
Anak-anak pokok keladi hiasan boleh dibeli secara atas talian (di platform jualan seperti Shopee dan Lazada) dan juga daripada nurseri-nurseri yang berdekatan dengan rumah korang.
Tapi, korang perlu beringat dan berhati-hati ya ketika membeli secara atas talian. Bukannya apa, bimbang nanti korang terbeli pokok keladi hiasan 'plastik' yang pastinya tak perlu disiram dan dibaja ... hahaha ...
Next step, setelah menerima anak pokok ini, korang pindahkan ke dalam pasu yang cantik dan unik dan jaga sebaiknya sehingga membesar.
Pastikan siraman, baja dan cahaya matahari yang mencukupi agar pokok korang nie membesar dengan cantik dan jayanya.
Kemudian, korang post lah gambar-gambar pokok keladi korang nie di dalam media sosial untuk mempromosi secara percuma. Paling mudah adalah korang join Facebook group geng tanaman hiasan atau geng bercucuk tanam di rumah.
Share jer gambar-gambar hasil tanaman korang tu untuk menarik perhatian sesiapa yang berminat.
Insya Allah, pasti akan ada peminat pokok ini yang akan contact dan bertanya kepada korang untuk dibelinya. Harga jualan nanti korang boleh lah letakkan mengikut harga pasaran atau harga yang bersesuaian.
Mudah jaa kan nak buat duit dari rumah !!! Yeayyyy !!!
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment