Skip to main content

Unit Amanah ASNB - Pelaburan atau Simpanan Jangka Panjang?

Jika disebut ASN atau ASB, pasti ramai yang tahu dan pastinya ada di kalangan korang yang ada sekurang-kurangnya satu akaun nie kan.

Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah merupakan sebahagian daripada tabung unit amanah yang diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

ASNB adalah merupakan syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang berperanan menguruskan tabung-tabung unit amanah yang dilancarkan oleh PNB.

Kalau korang nak tahu juga, ada lima belas tabung unit amanah di bawah pengurusan ASNB ini yang telah berpengalaman lebih daripada 42 tahun di dalam industri kewangan.

Dan ... untuk pengetahuan korang juga, selain daripada ASNB, ada satu lagi anak syarikat milik penuh PNB iaitu Pelaburan Hartanah Nasional Berhad (PHNB).

PHNB berperanan untuk menguruskan amanah pelaburan hartanah atau real estate investment trust (REIT), iaitu sebagai satu peluang pelaburan alternatif kepada para pelabur-pelabur kecil seperti kita untuk melabur di dalam bidang hartanah.

Tapi ... di lain posting lah yer Admin akan berkongsi pula berkenaan dengan REIT ini. Untuk kali ini, kita berkongsi dahulu serba sedikit info berkenaan unit amanah atau biasanya juga disebut sebagai unit trust.

Secara asasnya, unit amanah adalah satu skim pelaburan terkumpul. Maksudnya, dana ini akan mengumpulkan simpanan daripada orang ramai yang ingin melabur ke dalam sebuah tabung unit amanah yang khusus contohnya seperti ASN dan ASB.

Kaedahnya adalah lebih mudah berbanding dengan urusan jual-beli saham di bursa saham. 

Nak beli ... nak jual ... nak tambah pelaburan ... atau nak pindahkan unit ke dana yang lain juga adalah lebih mudah untuk dilaksanakan oleh orang ramai tanpa memerlukan kemahiran pelaburan (secara teknikal).

Sejumlah dana yang telah dikumpul ini akan digunakan oleh syarikat (ASNB) untuk pelaburan ke dalam portfolio pelaburan yang telah ditetapkan bagi meraih pendapatan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Para pelabur (korang lah tuu) akan menerima pulangan dalam bentuk dividen atau pengagihan pendapatan, sama ada secara tahunan atau selepas tarikh matang yang telah ditetapkan.

Contohnya, baru-baru ini, bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021, ASNB telah mengumumkan pembayaran agihan pendapatan berjumlah RM288.4 juta kepada 302,672 pemegang unit dana harga tetapnya iaitu Amanah Saham Bumiputera 3-Didik (ASB3 Didik).

Agihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit bermaksud, bagi setiap satu unit amanah berharga satu ringgit, korang akan mendapat 4.25 sen ... ya ... betul lah tu, pulangan sebanyak 4.25% tanpa korang perlu pening nak memikir pasal aspek teknikal pelaburan.

Berbaloi kah pelaburan dalam unit amanah nie ??

Ya ... agak berbaloi untuk jangka panjang sebagai simpanan masa hadapan, berbanding jika hanya disimpan di dalam akaun simpanan biasa di bank.

Tetapi, apa yang istimewanya lagi ialah, korang boleh menjual unit amanah ASB ini tanpa dikenakan sebarang caj perkhidmatan dan korang boleh jual di kaunter-kaunter bank tempatan yang menyediakan perkhidmatan ini secara percuma.

Jika ada keperluan mendesak, boleh lah menjual unit-unit yang korang ada untuk mendapatkan wang tunai segera. Jika takde keperluan, tak perlu lah nak dijual, biar ja di dalam akaun untuk korang mendapat pulangan setiap tahun ... bak kata orang, biar duit tu 'beranak' di dalam akaun korang ... huhuhu ...

Admin yakin, pasti ada juga yang bertanya kan ?? Apakah hukumnya pelaburan ASN & ASB ini menurut syariat Islam ??

Untuk persoalan ini, korang boleh rujuk kepada Portal Rasmi Muamalat dan Kewangan Islam (Portal e-MUAMALAT) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) :-

"Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 - 3 Februari 2008 telah membincangkan Pelaburan Dalam ASN, ASB Dan Seumpamanya. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah mendengar taklimat dan penjelasan serta meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa bagi menjaga kepentingan dan maslahah umat Islam serta mengelakkan kemudharatan yang lebih besar, hukum melabur dalam skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) serta dividen atau bonus yang diterima adalah harus."

So ... selaras dengan MISI PNB --- Untuk meningkatkan kekayaan ekonomi komuniti Bumiputera dan seluruh rakyat Malaysia, demi kemakmuran negara --- maka, terpulanglah kepada korang semua sama ada mahu atau tidak untuk menjadikan pelaburan dalam unit amanah di bawah ASNB sebagai tabung simpanan dan pelaburan korang demi meningkatkan pendapatan dan kekayaan.

Peluang terbentang di depan mata. Jadi lah seorang pelabur yang bijak. Korang dah kaya nanti, jangan lupa untuk belanja Admin juga yer ... hahaha ...

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Lubuk Emas Kacang Bulu Edamame

Cuba bayangkan sejenak ... dengan hasil tanaman pun korang dah boleh menjana pendapatan lumayan secara berterusan ... memang WOW kan. Kalau dilihat dari aspek keselesaan di tempat kerja ... memang lah kerjanya berpanas dan berhujan dan tak nampak best pun seperti pekerjaan profesional lain. Tetapi, jika hasilnya tersangat lumayan umpama satu lubuk emas yang setiap hari boleh dituai ... korang tak nak ker ?? Haaa ... ini lah potensi tanaman Edamame (ini bahasa Jepun tau) atau dipanggil sebagai kacang bulu (kerana kulit kacang ini mempunyai bulu-bulu halus). Tanaman ini sudah semakin menjadi perhatian dan mendapat permintaan tinggi di dalam dan luar negara. Salah seorang pengusahanya adalah Muhammad Fahmi Ismail di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, yang mula menanam tanaman ini sejak tahun 2016 setelah menyedari potensi besar kacang bulu yang kebiasaannya sangat terkenal di negara Jepun. Hasil tanaman kacang bulu dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan keluarganya. Permintaan dan

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Rempah Tok Ma Resepi Asli

"Terbukti dengan paket 25 gram (g) boleh memasak 1 kilogram (kg) ayam, daging atau ikan. Manakala paket 250g boleh memasak 10kg ayam, daging atau ikan." Huhuhu ... ini betul-betul best ... betul-betul jimatkan serbuk rempah di rumah korang. Kebiasaannya, korang hanya pernah dengar atau gunakan serbuk rempah jenama Ad***, Ba***, M**Si** dan Alla***** kann ?? Tapi, pernah ka korang gunakan mana-mana produk serbuk rempah resipi homemade ?? Haaaa ... kalau korang nak tahu, di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, ada satu kilang yang menghasilkan pelbagai rempah berasaskan kepada resipi rempah homemade. Nak rempah gulai kurma/nasi minyak, rempah kari ayam/daging, rempah kerutub, rempah kari ikan, rempah gulai ayam/daging atau rempah gulai nasi dagang. Semuanya ada !! Uniknya Rempah Tok Ma adalah ianya merupakan resepi rempah turun temurun dan mula dijual secara kecil-kecilan oleh Hajjah Salehah binti Haji Mohamad sejak lebih 30 tahun yang lalu. Menurut Hajjah, remp

Nasi Minyak Ratu Dangdut Malaysia

Tiada apa yang nak dimalukan dalam usaha kita mencari rezeki yang halal. Apa yang penting adalah kita berusaha dengan tenaga dan kudrat yang kita ada tanpa hanya bergantung harap kepada orang lain. Justeru itu, demi kelangsungan hidup di zaman pandemik ini, maka, tak hairan lah jika kita dapat melihat semakin ramai yang memberanikan diri menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan siap dimasak. Haaaa ... kali ini Admin SatuJutaIdea nak tampilkan seorang lagi artis terkenal di tanahair kita, yang turut sama menceburi bidang ini. Amelina ... Ratu Dangdut Malaysia ... atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka tempahan untuk pelbagai menu masakan nasi. Antara menunya termasuklah Nasi Ayam Rindu Amelina, Nasi Minyak Dangdut Amelina, Nasi Ayam Panggang Amelina dan Nasi Ayam Grill Amelina. Beroperasi dari rumahnya dengan menu masakan homemade , adalah merupakan usaha beliau mencari rezeki menambahkan pendapatan. Amelina,
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE