"Ikan di laut asam di darat, dalam periuk bikin muafakat. "
Haaa ... kalau korang baca sambil menyanyi, kita memang geng lah ... hahaha
Kalau sebelum ni ramai di antara kita yang hanya kenal asam jawa dan asam keping ... kali ni blog SatuJutaIdea sajikan pula info pasal bunga asam gelugur.
Ya ... betul ... sebenarnya bunga asam gelugur juga boleh dijadikan sebagai perencah dalam masakan sebagai pengganti kepada asam keping.
Masam ka rasanya ?? Mestilah masam ... dah namanya pun bunga asam gelugur ... hahaha ... huhuhu
Antara yang masih mengekalkan dan mengusahakan amalan tradisi ini adalah penduduk di Kampung Tanjung Putat, Hulu Terengganu.
Salah seorangnya adalah Encik Hadillah Salleh yang biasanya mengutip bunga yang gugur berhampiran rumah. Adakalanya, beliau mampu mendapat sehingga setengah kilogram bunga untuk diproses untuk kegunaan keluarga sendiri sahaja.
Sedikit sebanyak dapatlah juga kurangnya perbelanjaan dapur katanya.
Bunga yang gugur ini perlu dikutip dengan segera supaya tidak menjadi busuk dan rosak.
Buah bunga (emmm ... buah ker bunga ??? --- cer korang tengok gambar bunga tu) yang telah dikutip ini dibersihkan, dihiris nipis dan dijemur selama beberapa hari sehingga kering.
Tempoh menjemur ni adalah di antara tiga hari ke tujuh hari bergantung kepada keadaan cuaca.
Apabila telah kering, warnanya akan bertukar menjadi kehitam-hitaman seperti warna asam keping dan sudah boleh digunakan sebagai perencah masakan.
Kaedah tradisi ini sememangnya menggunakan tenaga kerja manusia. Justeru itu, golongan muda sememangnya kurang gemar untuk pekerjaan seperti ini.
Ditambahkan pula dengan faktor kurangnya pokok-pokok asam gelugur, maka, semakin kurang lah bunga yang boleh dikutip dan diproses bagi menghasilkan bunga asam gelugur.
Adakah kita akan melihat tradisi ini pupus ditelan zaman ??
Atau adakah akan munculnya pengusaha-pengusaha yang menanam pokok asam gelugur secara skala besar ??
Semoga ikan yang berada di laut akan masih dapat bertemu lah dengan asam di darat dan bermuafakat di dalam periuk untuk menjadi santapan kita.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment