Yeayyy !!! Sekarang dah boleh simpan duit dalam PAKU.
Nak simpan kad ATM pun boleh.
Nak simpan kad kredit pun boleh.
Nak simpan smartphone pun boleh jugak.
Korang bayangkan lah ... guna PAKU ja pun dah boleh simpan dan bawa ke mana sahaja pelbagai barang personal korang.
Jenama PAKU (Personalised Accessories KU) --- yang mempunyai pelbagai corak dan warna beg dan aksesori --- telah dilancarkan sejak tahun 2014 lagi.
Sehingga kini, jenama PAKU terus mendapat sambutan daripada para peminatnya yang suka akan produk tanpa jahitan ini. Kekemasan penghasilannya adalah antara faktor yang membolehkan jenama ini terus kekal sehingga ke hari ini.
Tapi ... siapa yang hasilkan PAKU ni ya ???
Produk ini adalah idea best daripada Amira Fatiha Abdul Hamid yang mendapat ilham semasa pengajian Ijazah Sarjana Teknologi Rekaan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Simple & elegen --- adalah merupakan hasil pembuatan daripada teknik tanpa jahitan, potong dan lipat yang menjadi ciri unik setiap produk jenama PAKU.
Walaupun ada juga segelintir yang menganggap produknya ini umpama 'produk tak siap' --- yer lah kan, apa jenis beg lah kan yang tak ada jahitan tepi --- tapi itu lah lumrah dalam penghasilan produk unik yang lain daripada yang lain.
Apa yang penting adalah kemahuan dan ketekunan merealisasikan ideanya yang akhirnya akan membuahkan (emm ... membuahkan ka membegkan ??) hasil kepadanya.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment