"Songkok itu letaknya di kepala, menjadi kelengkapan pakaian tradisi Melayu.
Andai tak tahu, tak salah pun untuk bertanya, agar diri tak menjadi haru-biru."
Ewahhh ... ewahhhh .... bermadah lah kita ya sambil menghitung dah berapa banyak songkok yang pernah dibeli dan dipakai.
Nak cari songkok yang bagus, pastinya wajib ditempah dan dibeli dari pandai songkok --- iaitu tukang pembuat songkat yang mahir menghasilkan songkok secara tradisional.
Di setiap negeri pastinya ada pandai songkok kan. Kalau pergi ke Kuala Terengganu, korang singgah lah di Kampung Losong dan cari lah lokasi Kedai Songkok Warisan.
Jika ada rezeki, dapatlah bertemu mata dengan Pak Adnan Husin --- pengusaha pembuatan songkok di sini --- dah dapat bertemu mata tu jangan lah pula lupa nak tempah songkok ya.
Pak Adnan ni usianya lebih kurang 60-an. Seiring dengan usia, kemahiran dan ketelitiannya memang betul-betul kategori expert lah --- memotong, mencantum, membentuk dan menjahit sehinggalah terhasil satu demi satu Songkok Warisan keluarannya.
Nak menghasilkan satu songkok mengambil masa lebih kurang dua jam setengah --- jadinya ... kalau nak hasilkan 100 songkok ??? ... haaa cuba korang kira.
Harga jualan sebuah songkok pula adalah antara RM50 hingga RM150 --- kalau sebulan dapat jual 100 songkok ??? ... haa cuba korang kira lagiiii.
Antara yang pernah menempah songkok keluaran Pak Adnan adalah tempahan daripada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, termasuklah ketika baginda bergelar Yang di-Pertuan Agong.
Dalam suka pasti ada juga gundahnya --- umpama peribahasa lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang ... sekarang ini dah tak ramai pengusaha pembuat songkok secara tradisional. Kerjanya yang 'kurang glamer' dan bermain dengan kain baldu, benang dan jarum, tidak menarik minat golongan muda untuk mempelajarinya.
Tetapi, menjadi harapan Pak Adnan agar ada generasi muda yang berminat untuk mempelajari seni pembuatan songkok dan menjadikannya sebagai punca pendapatan. Insya Allah, beliau sudi berkongsi ilmu dan pengalaman dengan sesiapa yang berminat menjadi pengusaha songkok tradisi.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
The notorious playing scandal “Ocean’s story” swept Korea in 2006, but the gale has not stopped yet. The first reason why foreigner-only casinos ought to enable native customers is that it would curtail the flight of international forex for playing overseas. Some studies counsel that Koreans have spent billions of dollars on on line casino playing and golf overseas. Second, it would deter illegal enterprise corresponding to on-line playing, and certain that|be positive that} casinos move inside the confines of the system. Gambling in Korea is in principle illegal, falling beneath articles 246 and 247 of the Criminal 카지노사이트 Act.
ReplyDelete