Kalau dirujuk kepada Wikipedia, periuk kera ni adalah sejenis tumbuhan karnivor.
Ia tumbuh hidup melata di tanah berasid, tidak subur dan kekurangan nitrogen --- dan boleh ditemui dalam hutan-hutan tropika seperti di negara kita Malaysia.
Dah nama pun jenis karnivor kan, maka, pokok periuk kera ini adalah jenis maging (makan daging ??) --- yang memerangkap serangga ke dalam bukaannya yang berbentuk periuk bagi membekalkan keperluan nitrogennya.
Kerana itu lah untuk menghasilkan lemang periuk kera bukan lah suatu kerja yang mudah tauu seperti kata Nazatul Azrin Othman yang menjalankan bisnes nie di rumahnya di Kampung Tok Paduka, Kangar, Perlis.
Bekalan kelongsong periuk kera diperolehinya daripada Orang Asli yang mencarinya di dalam hutan-hutan di Pahang.
Untuk membersihkan kelongsong periuk kera mengambil masa yang agak lama kerana dilakukan secara manual. (pasti ohsem kan kalau korang ada idea mencipta mesin untuk memproses periuk kera ni)
Miang dan duri pada periuk kera perlu dibuang dengan teliti dan periuk kera dibersihkan dengan air mengalir agar ianya selamat digunakan sebelum dimasak.Faktor ini adalah amat penting bagi memastikan lemang yang telah siap dimasak adalah selamat untuk dimakan.
Sebelum menjadi pengusaha lemang periuk kera secara sepenuh masa, Nazatul pernah bekerja sebagai seorang penjawat awam tetapi telah berhenti kerja pada tahun 2012 bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga.
Kebiasaanya, beliau mampu menghasilkan antara 30 ke 40 kilogram iaitu lebih kurang 600 ke 640 biji lemang periuk kera dalam sehari. Harga jualannya bagi satu kilogram adalah RM30. Anggaran pendapatan kasar sehari adalah lebih kurang RM900 ke RM1200.
"Sasaran berniaga pastinya adalah untuk mencari keuntungan tetapi juga untuk membantu orang lain untuk sama-sama beroleh kejayaan dan pendapatan."
Selain daripada menjalankan perniagaan penghasilan dan jualan lemang periuk kera, Nazatul juga turut menjadi pembekal periuk kera kepada pengusaha-pengusaha lain di sekitar, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
Haaaa ... korang tengok tu ... bisnes dari rumah pun mampu menjana jualan bernilai empat angka. Memang sangat berbaloi lah kan walaupun letih dan penat memproses penghasilan lemang ni.
Apa yang penting ... bak kata orang ... di mana ada kemahuan, pastinya akan ada jalan menuju kejayaan. Yesss !!! You can do it !!!
JOM buat D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment