Secara tradisionalnya, buluh lemang dibakar mengunakan bara kayu api.
(emmm ... sebenarnya bukanlah dibakar terus dengan api macam yang korang dok tengah bayangkan tu ... tetapi diletakkan berdekatan dengan bara api)
Buluh-buluh lemang ini disusun rapat-rapat dan disandarkan pada besi yang diletakkan pada dua batang pancang.
Dengan kaedah ini, bahang haba panas daripada bara kayu api akan terkena pada bahagian tepi buluh dan memanaskan buluh sekaligus memanaskan dan memasak beras pulut dan santan di dalam buluh tu.
Korang pernah ka buat lemang dengan cara tradisional ni ??
Panas kan ?? Letih kan ?? Kalau berpuluh-puluh batang lemang yang dibakar di bulan puasa, alamatnya ... peluh-peluh yang menitis tu pun nampak sedap kan .... huhuhu
Memang betul lah kaedah tradisional ni meletihkan sebab batang-batang buluh lemang perlu kerap dipusing supaya pemanasannya sekata dan batang buluh pula tak terbakar di satu belah bahagian sahaja (kalau buluh tu rentung terbakar ... habis la korang nanti kena 'bakar' dek orang tua korang --- hahaha hihihi).
Tapi ... kini ... sudah ada inovasi membakar/memasak lemang menggunakan tong dram terpakai.
Salah seorang pengusahanya adalah En Rosli Abd Rahman di Kampung Stulang Baru, Johor Bahru, yang berniaga lemang tong dram di musim-musim perayaan.
Tong dram ini diubahsuai dengan memotong, menebuk dan menampal bahagian tertentu supaya buluh lemang dapat dimasukkan dan diletakkan tegak dengan mudah serta lemang akan masak dengan sebaiknya.
Setiap tong dram mampu memuatkan 24 batang buluh lemang. Dengan kaedah yang digunakan ini, lemang akan masak secara serentak. Kos juga dapat dikurangkan termasuklah dari segi penggunaan kayu api.
Lemang yang diberi nama Lemang Rendang Raja ini mendapat permintaan tinggi daripada orang ramai apabila musim perayaan tiba. Harga jualan pula adalah di antara RM12 hingga RM15 sebatang bergantung kepada saiz buluh.
Haaa ... korang tunggu apa lagi ... peluang sudah di depan mata. Boleh cuba-cuba berniaga lemang tong dram di musim raya akan datang. Ataupun ... boleh ja buat bakar lemang di rumah sendiri sempena beraya PKP tahun ni ... hahaha hihihi huhuhu
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment