Skip to main content

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit.

Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya.

... huhuhu ... hahaha ... hihihi ...

Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja.

“Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah.

Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000.

Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan rendah untuk menjadi ahli AIM --- (AIM bukanlah seperti MLM ... huhuhu hahaha) --- kerana AIM menyediakan bantuan pinjaman dan tunjuk ajar bagi memulakan perniagaan.

Rumah Rakit Amaraisya yang terletak di Kampung Bangkong, Kuala Rompin, Pahang, menyediakan macam-macam kemudahan demi keselesaan pengunjung dan penginapnya.

Ada tv, peti sejuk, dapur gas, pinggan mangkuk, tempat BBQ dan kemudahan bot serta ruang untuk memancing.

Kalau rasa malas nak memasak dan nak bersantai sahaja di atas rumah rakit, boleh lah order hidangan masakan seperti Udang Galah Masak Sambal dan Udang Galah Masak Lemak Cili Api --- yang pastinya sangat sedap dimakan dengan nasi yang masih panas sambil menikmati panorama keindahan alam.

Lupa pulak nak kongsi info ni --- ada dua jenis penginapan di sini tau --- yang jenis Deluxe boleh muatkan maksimum 10 orang dan unit banglo pula boleh muatkan 20 orang.

Dari segi harga pula --- RM200 untuk Deluxe dan RM 490 untuk banglo --- memang berbaloi lah dengan pengalaman dan suasana damai yang bakal dinikmati oleh korang yang berkunjung ke sana.

Haaaa .... segalanya sudah di depan mata. Boleh tunggu habis PKP untuk kita pergi bersantai di rumah rakit. Kot kalau korang pun berminat nak bisnes rumah rakit, bolehlah cari-cari idea dan lokasi untuk mulakan bisnes rumah rakit sendiri. All the best guys!!!

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Tanaman Keladi Sebagai Sumber Pendapatan

Sebut saja keladi, pastinya terbit dalam fikiran korang pasal makanan seperti aiskrim keladi, asam pedas keladi, cucur keladi, kerabu keladi dan juga ulam keladi. Dan ... kalau korang nak tahu, ada juga lagu dan filem berjudul 'keladi' seperti filem tahun 60an berjudul Miang-Miang Keladi arahan pengarah terkenal Omar Rojik dan lagu nyanyian Salamiah Hassan yang juga berjudul Miang-Miang Keladi yang popular sekitar tahun 70an. Selain itu, dikatakan juga ada jenis-jenis keladi tertentu yang dijadikan sebagai bahan perubatan secara tradisional. Namun, kegunaan dan keberkesanannya tidak lah dapat Admin SatuJutaIdea nak pastikan.  Tetapi, Insya Allah akan dikongsikan kelak sekiranya maklumat tepat telah diperoleh. Namun begitu, apa yang tersangat pasti adalah tanaman keladi telah menjadi sinonim dalam kehidupan masyarakat kita sehinggakan ianya semakin popular sebagai tanaman hiasan di rumah. So , dalam posting  kali ini, Admin nak kongsikan berkenaan potensi tanaman keladi hiasan y

Peraduan 1 Rumah Bau Bliese

Mudah !! Senang !! BEST boleh menang hadiah yang wangi-wangi belaka !! HANYA SNAP GAMBAR PRODUK BLIESE DI RUMAH JE, DAH BOLEH DAPAT TAJAAN SEHINGGA 1 TAHUN ?? WAH MUDAHNYA !!! Berikut adalah cara-cara penyertaan :- 1. Terbuka kepada semua pelanggan Bliese seluruh Malaysia. (Berumur 15 tahun ke atas.) 2. Berbelanja produk Bliese minima RM50 ke atas. (Pembelian haruslah dibuat sepanjang tempoh peraduan). 3. Ambil gambar bersama produk Bliese di ruangan rumah anda. #Bonus : jika gambar diambil dengan semua rangkaian produk Bliese di ruangan yang berbeza. (1 ruangan, 1 produk Bliese). 4. Muat naik gambar penyertaan berserta, resit pembelian di laman sosial. (Pssttttt : Pastikan akaun media sosial dalam tatapan umum -- letakkan setting  kepada Public  -- Facebook / Instagram / Tiktok) 5. Tulis caption paling MENARIK dan KREATIF berserta hashtag  #1RumahBauBliese #KekalTenangDenganBliese 6. Tag Facebook / Instagram Bliese HQ berserta 3 orang rakan anda yang lain. Kempen ini telah bermula p

Penjana Kuasa Hidroelektrik Menjana Pendapatan

Nak menjana pendapatan bukan lah suatu perkara yang sukar seandainya kita tahu bagaimana untuk melakukannya. Ada pelbagai peluang yang wujud di sekeliling kita. Bezanya cuma sama ada kita 'nampak' atau tidak. ..... Kebiasaannya, kita hanya pernah membaca atau mendengar bahawa stesen janakuasa hidroelektrik berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dengan menggunakan kuasa air. Di negara kita juga terdapat beberapa stesen janakuasa hidroelektrik bersaiz mega seperti di Empangan Kenyir, Terengganu dan Empangan Bakun, Sarawak. Selain itu, terdapat juga beberapa stesen janakuasa hidroelektrik lain yang bersaiz lebih kecil di seluruh negara. Kesemuanya ini disambungkan ke jajaran grid kebangsaan bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi di seluruh negara. Tetapi ... pernah kah korang melihat jiran tetangga atau ahli keluarga korang di kampung-kampung yang mempunyai stesen janakuasa hidroelektrik milik mereka sendiri ?? Memang tersangat rare lah kannn !!! Namun, perka
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE