Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank, fixed deposit dan di Tabung Haji.
Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah.
Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan.
Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...)
Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP.
Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiada lagi cetakan sijil. Pihak BSN hanya akan mengeluarkan resit rasmi simpanan BSN SSP sebagai ganti sijil.
Resit ini korang akan terima ketika urusan simpanan BSN SSP. Resit ini dianggap sebagai dokumen yang sah --- bukti simpanan BSN SSP.
Bagaimana pula jika korang tercicir atau kehilangan resit nie ??
Jangan bimbang kerana resit nie adalah tidak berharga kepada sesiapa yang menjumpainya (kecuali kepada korang sendiri). Orang lain tak boleh nak jual atau tebus resit BSN SSP nie.
Untuk mendapatkan resit yang baharu, korang pergi jer ke mana-mana kaunter Cawangan BSN dan bawa bersama dokumen pengenalan diri yang sah - sama ada kad pengenalan atau pasport yang digunakan untuk SSP korang.
Satu keistimewaan BSN SSP adalah korang boleh 'menambahkan pendapatan' kerana Cabutan BSN SSP menawarkan pelbagai hadiah yang sangat menarik pada setiap bulan dan setiap tahun ... itu pun kalau korang menang lah ... huhuhu.
Tak rugi pun untuk menyimpan dengan cara ini kerana korang boleh tebus SSP pada bila-bila masa (tapi ketika kaunter BSN beroperasi lah yer ... jangan la pulak di waktu tengah malam pun nak pergi ke bank untuk tebus sijil.)
Tapi ... BSN SSP nie hukumnya halal ka haram aaa ???
Untuk pengetahuan dan panduan bersama, hukumnya adalah harus. Korang boleh baca lanjut di dalam AL-KAFI #280 : HUKUM SKIM SIJIL SIMPANAN PREMIUM (BSN), di Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Untuk info lanjut berkenaan BSN SSP pula, korang layari lah laman web Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mengetahui terma dan syarat serta tarikh dan keputusan Cabutan BSN SSP.
Dan ... ada lagi satu perkara yang best pasal cabutan ini adalah, semua hadiahnya adalah dikecualikan daripada cukai pendapatan ... yeayyyyyy
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment