Yang geram tak tertahan bila tengok coklat pastinya lagi ramai kannn ???
Nikmatnya yang masuk ke tekak memang tak terungkap dengan kata-kata kan ... huhuhu
Di Malaysia pastinya ada ramai penggemar coklat ... buktinya adalah kemunculan beraneka makanan dan minuman yang berasaskan coklat di sana sini ... hatta di dalam kaca televisyen.
Tak percaya ??
Cuba korang ingat kembali Coklat Tok Aba yang amat digemari oleh Gopal ... haaaa .... dalam cerita apa tuu ?? ... dalam kaca tv kan ???
Dalam dunia perniagaan coklat, terutamanya coklat buatan tangan, kreativiti dan kemampuan menghasilkan coklat yang sedap dan beraneka bentuk dan corak adalah merupakan satu kemestian untuk menarik perhatian pelanggan.
Salah seorang pengusaha coklat buatan tangan, Farhana Mohd. Shariff, berkata, situasi pandemik yang melanda merupakan satu cabaran kepada pengusaha sepertinya dalam meneruskan perniagaan.
Dugaan dan cabaran ini ditempuhi dengan semangat yang waja berbekalkan minat yang amat mendalam kepada bidang penghasilan coklat yang mempunyai seninya yang tersendiri.Kedai coklatnya, Georgetown Herittage Chocolate, di Pulau Pinang, juga adalah merupakan muzium coklat yang menjadi pusat sehenti kepada pembuatan, jualan, bengkel dan pameran produk coklatnya.
Tetapi, dalam situasi semasa, kedainya ditutup sementara sebagai pematuhan kepada SOP Perintah Kawalan Pergerakan dan sekaligus menjejaskan pendapatannya.
Walau bagaimanapun, menurut Farhana, sebagai seorang usahawan perlu lah bijak menyesuaikan diri dalam situasi semasa.
Justeru itu, aplikasi media sosial seperti akaun Facebook Georgetown Herittage Chocolate digunakan sebaiknya sebagai platform perkongsian ilmu berkenaan penghasilan coklat buatan tangan.
Di samping itu juga, platform media sosial dan kedai online telah menjadi tempat untuk memasarkan dan menjual produk keluarannya demi kelangsungan perniagaannya.
Pendek kata, cabaran yang datang harus ditempuhi dengan kebijaksanaan akal dan kekentalan semangat agar apa yang diusahakan akan beroleh kejayaan dan menjadikan kita lebih berilmu dan berpengalaman.
JOM buat D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment