Skip to main content

Dodol Opah Yang Kampung Gajah

Sebagai rakyat Malaysia, sudah pastinya akan mengenali sejenis makanan yang dikenali sebagai dodol.

Rasanya yang liat dan kenyal adalah ciri unik yang ada pada dodol.

Ada pelbagai jenis dodol --- dodol asli, dodol durian, dodol pulut hitam, dodol pandan, dodol kawah, dodol pressure cooker --- dan jiran korang Wak Dol itu bukan lah sejenis dodol yaa .... huhuhu

Jika dahulu kala dodol menjadi santapan di musim hari raya, tetapi kini, dodol sudah boleh didapati pada bila-bila masa sahaja sepanjang tahun.

Rasanya yang manis berlemak dan kenyal umpama chewing gum yang boleh dikunyah dan ditelan, telah menjadi hidangan minum petang sama ada di kampung atau di bandar.

Maka, kerana itu lah, perusahaan dodol adalah antara merupakan perusahaan makanan tradisional yang menjadi pilihan untuk diteruskan oleh pewaris-pewaris pembuat dodol tradisional.

Walaupun bagaimanapun, di atas keperluan dan faktor komersial, pembuatan dodol masa kini bukanlah lagi menggunakan kawah dan kayu api.

Walaupun sememangnya diakui bahawa hasil dodol kaedah ini mempunyai rasa dan aromanya yang tersendiri, tetapi ianya jarang digunakan oleh pengusaha industri dodol kerana mengambil tempoh masa yang sangat lama serta memerlukan tenaga kerja manusia sepenuh masa.

Kemahiran mengawal suhu api serta mengacau dodol adalah amat penting jika digunakan kaedah ini.

Kerana itu lah, sekarang ini pengusaha-pengusaha dodol menggunakan peralatan mesin bagi penghasilan dodol keluaran mereka.

Antara pengusaha dodol yang terkenal di Kampung Gajah, Perak, adalah Normi Ramli. Jenama Dodol Opah Yang yang dihasilkannya adalah menggunakan resepi warisan turun-temurun.

Opah Yang atau nama sebenarnya Saerah Abdul Majid, adalah ibu kepada Normi, telah menjadi ikon kepada jenama dodol ini dan telah turut menjadi pelakon utama di dalam video iklan mempromosikan produk mereka ini.

Kata akak Normi nie, idea menghasilkan video tersebut adalah selari dengan perubahan zaman dalam usaha mempromosikan produk ke seluruh Malaysia.

Video yang telah disebarkan melalui platform media sosial telah berjaya menarik perhatian bakal pelanggan dan sekaligus meningkatkan hasil jualan terutamanya di musim perayaan.

Menurut akak Normi, selain daripada pembungkusan biasa di dalam plastik, mereka juga telah memperkenalkan dodol sumi iaitu dodol yang dibungkus di dalam acuan sumi.

Katanya, dodol sumi ini boleh dimakan terus seperti kita memakan sumi, tanpa pelanggan perlu memotong ketulan dodol yang dibungkus seperti biasa.

Pesannya lagi, jika ada yang berhajat nak kan dodol durian, perlu lah bersabar kerana dodol durian hanya dihasilkan apabila tibanya musim durian.

Sooooo ... sama-sama lah kita tungguuu, dan sama-sama lah kita terus menyokong produk tradisional keluaran industri kita ya.

Jika korang nak berniaga dodol ... jadi agen ka ... nak jadi pengedar ka ... cuba hello-hello akak Normi. Mana lah tahu kan kalau ada rezeki korang untuk tambahkan pendapatan menjual Dodol Opah Yang.

Dan ... jika korang bijak bestari ... cuba kira ada berapa perkataan 'dodol' yang telah ditulis dalam posting ini ... Selamat Mengira !!! ... hahaha ...

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Tanaman Keladi Sebagai Sumber Pendapatan

Sebut saja keladi, pastinya terbit dalam fikiran korang pasal makanan seperti aiskrim keladi, asam pedas keladi, cucur keladi, kerabu keladi dan juga ulam keladi. Dan ... kalau korang nak tahu, ada juga lagu dan filem berjudul 'keladi' seperti filem tahun 60an berjudul Miang-Miang Keladi arahan pengarah terkenal Omar Rojik dan lagu nyanyian Salamiah Hassan yang juga berjudul Miang-Miang Keladi yang popular sekitar tahun 70an. Selain itu, dikatakan juga ada jenis-jenis keladi tertentu yang dijadikan sebagai bahan perubatan secara tradisional. Namun, kegunaan dan keberkesanannya tidak lah dapat Admin SatuJutaIdea nak pastikan.  Tetapi, Insya Allah akan dikongsikan kelak sekiranya maklumat tepat telah diperoleh. Namun begitu, apa yang tersangat pasti adalah tanaman keladi telah menjadi sinonim dalam kehidupan masyarakat kita sehinggakan ianya semakin popular sebagai tanaman hiasan di rumah. So , dalam posting  kali ini, Admin nak kongsikan berkenaan potensi tanaman keladi hiasan y

Peraduan 1 Rumah Bau Bliese

Mudah !! Senang !! BEST boleh menang hadiah yang wangi-wangi belaka !! HANYA SNAP GAMBAR PRODUK BLIESE DI RUMAH JE, DAH BOLEH DAPAT TAJAAN SEHINGGA 1 TAHUN ?? WAH MUDAHNYA !!! Berikut adalah cara-cara penyertaan :- 1. Terbuka kepada semua pelanggan Bliese seluruh Malaysia. (Berumur 15 tahun ke atas.) 2. Berbelanja produk Bliese minima RM50 ke atas. (Pembelian haruslah dibuat sepanjang tempoh peraduan). 3. Ambil gambar bersama produk Bliese di ruangan rumah anda. #Bonus : jika gambar diambil dengan semua rangkaian produk Bliese di ruangan yang berbeza. (1 ruangan, 1 produk Bliese). 4. Muat naik gambar penyertaan berserta, resit pembelian di laman sosial. (Pssttttt : Pastikan akaun media sosial dalam tatapan umum -- letakkan setting  kepada Public  -- Facebook / Instagram / Tiktok) 5. Tulis caption paling MENARIK dan KREATIF berserta hashtag  #1RumahBauBliese #KekalTenangDenganBliese 6. Tag Facebook / Instagram Bliese HQ berserta 3 orang rakan anda yang lain. Kempen ini telah bermula p

Penjana Kuasa Hidroelektrik Menjana Pendapatan

Nak menjana pendapatan bukan lah suatu perkara yang sukar seandainya kita tahu bagaimana untuk melakukannya. Ada pelbagai peluang yang wujud di sekeliling kita. Bezanya cuma sama ada kita 'nampak' atau tidak. ..... Kebiasaannya, kita hanya pernah membaca atau mendengar bahawa stesen janakuasa hidroelektrik berfungsi untuk menjana tenaga elektrik dengan menggunakan kuasa air. Di negara kita juga terdapat beberapa stesen janakuasa hidroelektrik bersaiz mega seperti di Empangan Kenyir, Terengganu dan Empangan Bakun, Sarawak. Selain itu, terdapat juga beberapa stesen janakuasa hidroelektrik lain yang bersaiz lebih kecil di seluruh negara. Kesemuanya ini disambungkan ke jajaran grid kebangsaan bagi memastikan bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi di seluruh negara. Tetapi ... pernah kah korang melihat jiran tetangga atau ahli keluarga korang di kampung-kampung yang mempunyai stesen janakuasa hidroelektrik milik mereka sendiri ?? Memang tersangat rare lah kannn !!! Namun, perka
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE