Skip to main content

Gulai Asam Rong Mak Anjang Jerantut

FAKTA : Susu getah ... walaupun disebut namanya susu ... tetapi, tidak boleh diminum.

(korang dah pernah tengok kan biji apa tu dalam gambar sebelah ??) ... YA betul !!!  Ini biji getah ... ia boleh dimasak dan dimakan (ini bukan auta tauuu).

Jap .. jap ... tungguuuu ... korang jangan la pulak sesuka hati pergi kutip biji getah dan buat masak lemak tempoyak. Bahaya tauu ... 

Yang pertamanya, boleh kena tangkap (atau kena ketuk) sebab ceroboh kebuh getah milik orang lain. Tak pasal-pasal disyaki sebagai 'mat pet' nak curi skrap getah. Lagi lah naya kan kalau masuk lokap.

Yang keduanya pulak, biji getah yang warna coklat berkilat tu adalah kulit dia --- keras dan tak boleh dimakan.

Umpama peribahasa, kalau tak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya. Sama lah juga seperti biji getah ni. Perlu lah terlebih dahulu dipecahkan kulitnya yang keras tu untuk dapatkan biji berwarna putih di dalam.

Tetapi ... hati-hati lah ya ... biji putih ni tak boleh dimakan mentah (nanti jadi pening, loya, mabuk) ... ia perlu dibersihkan dan diproses dengan cara yang betul sebelum boleh dimasak dengan cara yang betul jugak.

So, janganlah korang memandai-mandai memasak biji getah kalau tak tahu caranya.

Tetapi (sekali lagi tetapi ... hahaha ...), ada cara mudah untuk menikmati masakan berasaskan biji getah.

Korang pergi ja ke gerai Mak Anjang di medan selera Majlis Daerah Jerantut.

Di sini ada jual Gulai Asam Rong yang special dengan pilihan ikan kenerak (ikan komando). Kalau biasanya ikan patin dimasak tempoyak, ikan kenerak adalah yang paling best dan paling sesuai untuk masakan gulai asam rong.

Kata Akak Zaharah Sohar (tuan punya gerai Mak Anjang), untuk memasak gulai nie bukan lah mudah kerana ada aturan dan resipinya dan agak rumit juga untuk dibuat.

Biji getah (yang warna putih tu) perlu ditumbuk hingga menjadi halus. Kemudian, diperam pula sehinggalah warnanya bertukar menjadi coklat kehitaman.

Untuk memasak pula, asam rong yang dah diperam perlu ditumbuk bersama kunyit dan cili padi. Lagi banyak cili padi, lagi lah 'menjadi' gulainya.

Memang tersangat pedas tetapi itulah ciri utama masakan gulai ni.

Campuran asam rong dan kunyit akan dimasak sehinggalah mendidih sebelum dimasukkan ikan dan dikacau sehingga rata.

Apabila ikan sudah masak, baru lah dimasukkan pula pelbagai sayuran seperti terung pipit, keladi, pucuk paku, keledek, kacang botol dan jering (semuanya ulam-ulam kampung).

Dan ... korang jangan lupa pula untuk masukkan garam secukup rasa. Nanti kang tawar pulak gulai korang tu.

Macam mana nak jadi tokei gulai asam rong kalau garam pun korang terlupa nak masukkan ... hahaha ... huhuhu ...

Selamat Mencuba !!! --- boleh la cuba nak berniaga gulai ka, nak jadi pembekal ikan kenerak ka, atau jadi usahawan tanaman ulam kampung --- yang penting, semuanya boleh menjana pendapatan ... kan ???

JOM buat D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Aiman Durian Bukit Lintang Melaka

"Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge), Moh kite minang anok dare (anok dare)" Hahaha ... Admin yakin ramai antara korang yang tahu siapa penyanyi lagu nie kan ?? Apabila tiba ja musim durian, dapat lah kita lihat tumbuhnya gerai-geai di tepi jalan yang menjual raja buah ini. Cakap ja nak durian jenis apa ... kampung, kahwin, D24, raja kunyit, udang merah, IOI dan lain-lain lagi ... boleh ja korang dapat asalkan ada duit nak membayarnya nanti. Dan ... korang jangan terkejut pulak ya ... dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 200 jenis durian yang telah didaftarkan di Malaysia. Pelbagai variati yang wujud ini umpama kepelbagaian sektor perniagaan yang ada di negara ini. Jikalau dibandingkan dengan sektor pelancongan, nampaknya 'sektor' jualan durian agak kurang terjejas dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selera rakyat Malaysia terhadap raja buah ini langsung tidak terkesan oleh PKP !! Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada, mudah sahaja

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

Alangkah bertuahnya anak-anak Negeri Sembilan dengan adanya TUNS Plus nie. First time  korang dengar ker ?? Ehhh ... jangan lah terkejut pulak. Ini bukan anugerah gelaran. TUNS Plus ini adalah singkatan kepada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan. TUNS Plus ini juga adalah kesinambungan kepada program TUNS terdahulu. Pastinya, ini adalah satu berita baik kepada warga Negeri Sembilan kerana pada tahun 2021, kerajaan negeri telah menyediakan dana sebanyak RM3.0 juta kepada usahawan-usahawan mikro di negeri ini terutamanya yang terkesan dengan situasi semasa pandemik COVID-19. Menurut Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, TUNS Plus adalah merupakan bantuan pinjaman mudah tanpa faedah. Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 200 usahawan mikro yang berminat mendapatkan bantuan ini dan sekaligus

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Akuaponik Farm2Fork

Pejam celik dah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita. Cara hidup, cara bekerja dan cara belajar juga telah berubah sama sekali berbanding dengan sebelum ini. Tanpa kita sedari, ada masa-masa terluang yang telah terbuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Tetapi, usah khuatir, kerana ruang dan peluang masih ada untuk kita merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah tatkala berada di rumah. Antaranya adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian sama ada dengan projek tanaman sayuran menggunakan tanah atau tanpa tanah. Kaedah tanaman secara hidroponik telah lama berada di negara kita. Walaupun kaedah ini sesuai terutamanya di kawasan bandar, tetapi terdapat kekurangannya juga kerana seringkali timbul permasalahan pembiakan nyamuk Aedes. Kita pun pastinya tak nak lah menjadi penternak nyamuk Aedes yang 'berjaya' kan ... huhuhu ... Justeru itu lah munculnya idea bagi mengoptimakan penggunaan air yang digunaka
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE