Umpama tikus membaiki labu, korang dan admin SatuJutaIdea pun sama la jugak ... huhuhu ... hanya tahu gunakan laptop, komputer, smartphone dan smartTV.
Hanya tahu nak klik klik dan tekan-tekan jer tapi bila rosak terus otak pun blank sebab tak pandai nak repair sendiri ... hahaha ...
Tapi, apa nak dikesahkan ... sekarang nie dah ada banyak penyedia perkhidmatan untuk perbaiki peralatan-peralatan canggih ni.
Hubungi ja diaorang. Ada yang sediakan perkhidmatan pembaikan on-the-spot di rumah kita. Jika tak boleh perbaiki segera, akan dibawa untuk repair di kedai mereka.
Jika korang bertanya mereka-mereka ini mengapa menceburi bidang tersebut, jawapan yang bakal diterima pastinya adalah sama, iaitu MINAT.
Begitu jugalah yang dinyatakan oleh bro Ahmad Misru, boss besar HA Global Resources.
Katanya, minat kepada bidang komputer bukanlah daripada kecil atau di bangku sekolah, tetapi minat ini muncul setelah rakan arwah ayahnya mengajak untuk mengambil kursus pembantu juruteknik sistem komputer di Giatmara Cheras, Kuala Lumpur.
Segalanya ini berlaku dalam tahun 2005.
Katanya lagi, sewaktu di bangku sekolah, beliau adalah merupakan golongan remaja nakal, mengabaikan pelajaran dan lebih banyak meluangkan masa melepak bersama rakan-rakan.
Hidupnya ketika itu seumpama tiada haluan dan sasaran kerana terlalu enjoy membuang masa melepak menyebabkan dia nekad berhenti sekolah ketika di tingkatan empat.
Tanpa memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau tidak dapat melanjutkan pelajaran ke mana-mana peringkat yang lebih tinggi atau untuk mendapat pekerjaan bergaji besar.
Setelah sekian lama, Ahmad Misru berasa bersyukur kerana akhirnya menyedari kesilapan yang dilakukannya dan mula berusaha untuk mengubah nasib dirinya ke arah yang lebih baik.Pembelajarannya dan kemahiran yang diperoleh di Giatmara merupakan titik tolak kepada timbulnya minat untuk terus meningkatkan ilmunya dan mendalami bidang ini.
Apatah lagi kejayaan mendapat tempat pertama dalam pertandingan kemahiran di peringkat daerah dan negeri, turut menjadi pemangkin buatnya untuk terus berjaya.
Pada tahun 2016, dengan bermodalkan RM10,000, beliau memberanikan diri menubuhkan syarikatnya sendiri, HA Global Resources di Prima Saujana, Kajang.
Pada ketika itu, tumpuan hanya kepada perkhidmatan membaiki komputer dan pencetak sahaja. Dalam tempoh setahun, perniagaannya mula mendapat sambutan daripada para pelanggan dan mendorongnya untuk membuka sebuah lagi kedai di Ampang.
Sejajar dengan perkembangan teknologi dan permintaan pasaran, beliau telah menambahkan lagi perkhidmatan lain termasuklah menjual dan membaik pulih televisyen, telefon bimbit, pemasangan kamera litar tertutup dan sistem kawalan keselamatan.
Baginya, setiap perniagaan mempunyai dugaan dan cabaran yang tersendiri. Beliau sendiri pernah tidak mengambil gaji dan pendapatan perniagaan hanya mampu digunakan untuk sewaan kedai dan operasi kedainya.
Sokongan daripada isterinya memberikan semangat untuk terus berjaya dan kini segala usaha gigihnya mampu memberikan pendapatan bukan sekadar untuk dirinya tetapi juga untuk para pekerjanya jua.
Nasihat Ahmad Misru kepada sesiapa yang baharu menceburi bidang perniagaan, janganlah pernah berasa takut atau mudah berputus asa dalam mencuba sesuatu bidang. Kejayaan pasti akan datang seiring dengan usaha berterusan yang dilakukan.
JOM buat D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment