Skip to main content

Harum Manis Terengganu

Terkejut korang kan bila dapat tahu buah mangga harum manis ada di Terengganu ... hahaha ....

Bukan sekadar buahnya sahaja tauuu.

Tanaman pokoknya juga telah ada di sini sejak sekian lama tetapi kebanyakannya terbiar begitu sahaja kerana masyarakat setempat menganggap pokok tersebut adalah jenis mangga biasa (ish ish ish ... alangkah ruginya kannnn).

Bak perumpamaan, tak kenal maka tak cinta, begitu lah juga nasib buah-buah mangga ini yang gugur dan membusuk di atas tanah dek kerana tuan empunya pokok kurang pengetahuan dan kemahiran nak kenalpasti kualiti buah mangga jenis ini.

Justeru itu lah, di bawah Pelan Strategik Pertanian Terengganu 2019 - 2023, usaha telah digembleng melibatkan pelbagai pihak termasuklah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, untuk memajukan projek tanaman harum manis di sekitar negeri ini.

Menurut Dr Azman Ibrahim, Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Jabatan Pertanian negeri telah melaksanakan kajian sejak November 2016 untuk melihat kesesuaian penanaman pokok mangga ini di tanah bris.

(Kalau korang nak tahu, tanah bris nie adalah jenis tanah berpasir -- ya betul, kandungannya ada banyak pasir, bersifat polos dan tak sesuai untuk tanaman kerana kurang kandungan nutrien dan tanahnya tak mampu nak menyimpan air untuk tempoh yang lama.)

Tetapi, mengapa projek ini dibuat di kawasan tanah bris?

Menurut Dr. Azman lagi, di negeri Terengganu terdapat lebih kurang 68,000 hektar kawasan tanah bris . Ini adalah satu kerugian sumber alam kerana masih banyak kawasannya terbiar dan tidak diusahakan.

Bancian juga telah dilaksanakan di beberapa daerah seperti di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang mempunyai banyak kawasan tanah bris.

Hasil kajian mendapati terdapat kira-kira 100 pokok mangga ini di setiap daerah yang ditanam oleh orang kampung sejak 30 ke 40 tahun lalu.

Apa yang sangat mengujakan ialah, pokok-pokok mangga ini mampu berbuah tiga kali setahun dan sekaligus membuktikan bahawa pokok ini mampu mengeluarkan hasil walaupun ditanam di atas tanah bris.

Justeru itu lah, Pusat Pertanian Rhu Tapai menjadi pusat kajian tanaman ini bagi kajian data dan teknik penanaman yang bersesuaian sebelum diusahakan dan dikomersialkan oleh anak-anak jati Terengganu di kawasan-kawasan yang terpilih, di mana mereka ini akan diberikan latihan dan tunjuk ajar agar menjadi seoarang pengusaha yang berjaya.

Faktor cuaca, keadaan tanah serta teknik penjagaan dan pengurusan tanaman yang baik pastinya dapat memberikan hasil terbaik dan ini telah terbukti apabila kualiti buah yang terhasil di pusat pertanian ini mampu mencapai tahap gred premium dengan kemanisan 22 darjah Brix.

(Kalau korang nak tahu juga, unit darjah Brix adalah sukatan kepada tahap kemanisan dalam sesuatu larutan cecair. Nilai 1 darjah Brix adalah bersamaan dengan 1 gram sukrosa di dalam 100 gram larutan cecair. Semakin tinggi nilai darjah Brix bermaksud semakin manis lah larutan bahan tersebut.)

Jadinyaaaa ... 22 darjah Brix tuu memang sangat manis lah kannn ... emmm ... nyum nyum nyum

Dan ... apa yang lebih menarik lagi adalah buah mangga ini diperam tanpa menggunakan bahan kimia tetapi secara kaedah organik menggunakan daun kapal terbang.

So ... anak-anak jati Terengganu ... ambil lah peluang ini untuk berbakti di bumi sendiri dan menjana pendapatan sepertimana rakan-rakan di negeri Perlis yang sudah mampu tersenyum dengan hasil mereka pada setiap tahun.

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Aiman Durian Bukit Lintang Melaka

"Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge), Moh kite minang anok dare (anok dare)" Hahaha ... Admin yakin ramai antara korang yang tahu siapa penyanyi lagu nie kan ?? Apabila tiba ja musim durian, dapat lah kita lihat tumbuhnya gerai-geai di tepi jalan yang menjual raja buah ini. Cakap ja nak durian jenis apa ... kampung, kahwin, D24, raja kunyit, udang merah, IOI dan lain-lain lagi ... boleh ja korang dapat asalkan ada duit nak membayarnya nanti. Dan ... korang jangan terkejut pulak ya ... dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 200 jenis durian yang telah didaftarkan di Malaysia. Pelbagai variati yang wujud ini umpama kepelbagaian sektor perniagaan yang ada di negara ini. Jikalau dibandingkan dengan sektor pelancongan, nampaknya 'sektor' jualan durian agak kurang terjejas dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selera rakyat Malaysia terhadap raja buah ini langsung tidak terkesan oleh PKP !! Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada, mudah sahaja

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

Alangkah bertuahnya anak-anak Negeri Sembilan dengan adanya TUNS Plus nie. First time  korang dengar ker ?? Ehhh ... jangan lah terkejut pulak. Ini bukan anugerah gelaran. TUNS Plus ini adalah singkatan kepada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan. TUNS Plus ini juga adalah kesinambungan kepada program TUNS terdahulu. Pastinya, ini adalah satu berita baik kepada warga Negeri Sembilan kerana pada tahun 2021, kerajaan negeri telah menyediakan dana sebanyak RM3.0 juta kepada usahawan-usahawan mikro di negeri ini terutamanya yang terkesan dengan situasi semasa pandemik COVID-19. Menurut Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, TUNS Plus adalah merupakan bantuan pinjaman mudah tanpa faedah. Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 200 usahawan mikro yang berminat mendapatkan bantuan ini dan sekaligus

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Akuaponik Farm2Fork

Pejam celik dah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita. Cara hidup, cara bekerja dan cara belajar juga telah berubah sama sekali berbanding dengan sebelum ini. Tanpa kita sedari, ada masa-masa terluang yang telah terbuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Tetapi, usah khuatir, kerana ruang dan peluang masih ada untuk kita merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah tatkala berada di rumah. Antaranya adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian sama ada dengan projek tanaman sayuran menggunakan tanah atau tanpa tanah. Kaedah tanaman secara hidroponik telah lama berada di negara kita. Walaupun kaedah ini sesuai terutamanya di kawasan bandar, tetapi terdapat kekurangannya juga kerana seringkali timbul permasalahan pembiakan nyamuk Aedes. Kita pun pastinya tak nak lah menjadi penternak nyamuk Aedes yang 'berjaya' kan ... huhuhu ... Justeru itu lah munculnya idea bagi mengoptimakan penggunaan air yang digunaka
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE