Masuk kandang kambing, mengembekkk ...
Kalau kambing perap bakar masuk ke perut korang ... emmmmmm ... sedappppp lah kannnn
Hahahaha ...
Betul lah apa yang orang-orang lama berkata, jika bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan, pasti rezeki akan bertambah-tambah juga.
Ini lah yang dialami oleh sepasang suami isteri, Rosnizam Ishak dan Roazian Md Noor yang terpaksa menutup perniagaan kedai makan mereka akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan pendapatan mereka jatuh merudum.
Tanpa mahu mengeluh dan menunding jari menyalahkan sesiapa, mereka telah memanfaatkan sebaiknya bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) serta Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disalurkan kerajaan.
Wang berjumlah RM4,000 yang diperoleh ini telah dijadikan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kambing perap dengan jenama Mbekkk di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang.
Pada mulanya mereka hanya sekadar mencuba-cuba resepi bahan perap sehinggalah mendapat gabungan resepi yang terbaik untuk perniagaan mereka yang dapat memenuhi citarasa pelanggan.
Kak Yan (Roazian) berkata, sebagai permulaan mereka hanya menggunakan lima kilogram daging kambing kerana masih di peringkat percubaan dalam bidang niaga ini.
Namun, sememangnya tidak diduga apabila jualan mereka mendapat sambutan baik sehinggakan kini mampu menjual sehingga 50 kilogram kambing perap sehari dengan harga jualan RM55 sekilogram dan RM33 untuk 600 gram.
Norma baharu PKP juga memerlukan mereka memanfaatkan sebaiknya aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Instagram untuk mempromosi dan memasarkan produk Mbekkk Kambing Perap.
Setiap tempahan pembelian dan pembayaran dilakukan secara online sahaja oleh para pelanggan tanpa perlu keluar rumah. Produk yang telah siap dibungkus pula akan dihantar terus ke rumah pelanggan sekaligus memudahkan pelanggan mereka.
Selain itu, pasangan suami isteri ini turut sudi berkongsi peluang dan mengalukan sesiapa sahaja yang berhasrat menambahkan pendapatan dengan menjadi agen jualan Mbekkk Kambing Perap.
Berkenaan dengan perancangan di masa hadapan, mereka berhasrat untuk meneruskan perniagaan kambing perap ini di samping menjalankan perniagaan kedai makan sepertimana sebelum PKP.
Ini adalah sejajar dengan hasrat mereka untuk membantu agar agen-agen jualan kambing perap akan berterusan memperoleh pendapatan tambahan walaupun PKP telah berlalu kelak.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment