Skip to main content

Pipo Onye Art Galery

Sesiapa sahaja pun boleh melukis kannn ... apatah lagi nak melukis gambar orang lidi ... huhuhu ...

Tetapi, untuk hasilkan karya lukisan yang cantik dengan gabungan pelbagai corak, garisan dan warna, bukan lah sesuatu yang mampu dilakukan oleh semua orang.

Kesungguhan, kemahuan, ketelitian dan kerajinan menjadi faktor penting dalam penghasilan sesebuah lukisan yang menjadi karya masterpiece pelukisnya.

Keunikan setiap karya yang dihasilkan membolehkan hasil-hasil karya pelukis tersohor boleh mencapai harga jualan bernilai sehingga berjuta atau berpuluh juta dollar.

Contohnya adalah lukisan bertajuk "Dora Maar au Chat" hasil karya pelukis Pablo Picasso yang menggambarkan kekasihnya, Dora Maar, sedang duduk di atas sebuah kerusi kayu dengan seekor anak kucing kecil berada di bahunya.

Sekali kita pandang, lukisan ini kelihatan biasa sahaja dan tak lah cantik sangat pun. Tetapi, korang jangan terkejut tauu sebab harga lukisan ini mencecah USD$97.0 juta (emmm ... lebih kurang RM388 juta jer ... hahaha ....)

Tanpa kita sedari, di zaman kita ini pun ada ramai pelukis yang ternama sama ada di luar negara atau di dalam Malaysia.

Di sini SatuJutaIdea nak kongsikan berkenaan adik Pipo nie atau nama sebenarnya Nurul Afifah Mohd. Rizal, yang menetap di Jitra, Kedah bersama keluarganya.

Adik Pipo nie tersangat lah istimewa. Menurut ayahnya, Pipo mula dikesan mengalami masalah pendengaran ketika berusia lima tahun. Walaupun pelbagai rawatan dibuat selama beberapa tahun, tetapi belum berjaya merawat masalah yang dihadapinya itu sehinggakan sering menjadi mangsa buli di sekolah.

Akibat daripada itu, Pipo telah nekad untuk berhenti dari sekolah dan ini menimbulkan kebimbangan kepada keluarganya akan masa depan dirinya.

Sebagai mengisi masanya di rumah, ayahnya telah membelikan peralatan melukis kerana sedia menyedari bahawa Pipo mempunyai bakat melukis yang tersangat istimewa.

Semakin hari, bakatnya semakin menyerlah.

Lukisan-lukisan yang dihasilkan juga semakin hebat dan telah dibeli oleh orang ramai. Ini telah meningkatkan lagi keyakinan dirinya untuk berdikari dan terus berkarya walaupun tidak pernah mendapat sebarang latihan khusus.

Kini, usaha gigih Pipo turut berjaya menarik perhatian kerabat Diraja Kedah.

Semuanya bermula apabila beliau telah dijemput untuk mengadakan pameran semasa perasmian School of Creative Industry Management & Performing Arts di Universiti Utara Malaysia, Sintok pada tahun 2019.

Perasmian ini telah disempurnakan oleh Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin. Sembilan keping hasil karya Pipo turut dibeli oleh pihak kerabat.

Rezeki tak pernah salah alamat ... Itu lah yang berlaku kepada Pipo apabila pihak Istana Negeri Kedah telah membuat tempahan untuknya menghasilkan lukisan bangunan bersejarah di negeri ini.

Menurut Pipo, sejumlah dua belas keping lukisan yang telah ditempah.

Tetapi, buat masa ini beliau hanya mampu menyiapkan separuh daripadanya kerana setiap lukisan mengambil masa antara satu ke dua bulan untuk disiapkan.

Ketelitian dan perincian berpuluh-puluh ribu garisan pada setiap lukisan menjadi identiti unik hasil karya Pipo dan membuktikan bahawa sesiapa sahaja mampu berjaya menjana pendapatan asalkan ada kemahuan yang bersungguh-sungguh.

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Lubuk Emas Kacang Bulu Edamame

Cuba bayangkan sejenak ... dengan hasil tanaman pun korang dah boleh menjana pendapatan lumayan secara berterusan ... memang WOW kan. Kalau dilihat dari aspek keselesaan di tempat kerja ... memang lah kerjanya berpanas dan berhujan dan tak nampak best pun seperti pekerjaan profesional lain. Tetapi, jika hasilnya tersangat lumayan umpama satu lubuk emas yang setiap hari boleh dituai ... korang tak nak ker ?? Haaa ... ini lah potensi tanaman Edamame (ini bahasa Jepun tau) atau dipanggil sebagai kacang bulu (kerana kulit kacang ini mempunyai bulu-bulu halus). Tanaman ini sudah semakin menjadi perhatian dan mendapat permintaan tinggi di dalam dan luar negara. Salah seorang pengusahanya adalah Muhammad Fahmi Ismail di Wakaf Mempelam, Kuala Terengganu, yang mula menanam tanaman ini sejak tahun 2016 setelah menyedari potensi besar kacang bulu yang kebiasaannya sangat terkenal di negara Jepun. Hasil tanaman kacang bulu dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan keluarganya. Permintaan dan

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Rempah Tok Ma Resepi Asli

"Terbukti dengan paket 25 gram (g) boleh memasak 1 kilogram (kg) ayam, daging atau ikan. Manakala paket 250g boleh memasak 10kg ayam, daging atau ikan." Huhuhu ... ini betul-betul best ... betul-betul jimatkan serbuk rempah di rumah korang. Kebiasaannya, korang hanya pernah dengar atau gunakan serbuk rempah jenama Ad***, Ba***, M**Si** dan Alla***** kann ?? Tapi, pernah ka korang gunakan mana-mana produk serbuk rempah resipi homemade ?? Haaaa ... kalau korang nak tahu, di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, ada satu kilang yang menghasilkan pelbagai rempah berasaskan kepada resipi rempah homemade. Nak rempah gulai kurma/nasi minyak, rempah kari ayam/daging, rempah kerutub, rempah kari ikan, rempah gulai ayam/daging atau rempah gulai nasi dagang. Semuanya ada !! Uniknya Rempah Tok Ma adalah ianya merupakan resepi rempah turun temurun dan mula dijual secara kecil-kecilan oleh Hajjah Salehah binti Haji Mohamad sejak lebih 30 tahun yang lalu. Menurut Hajjah, remp

Nasi Minyak Ratu Dangdut Malaysia

Tiada apa yang nak dimalukan dalam usaha kita mencari rezeki yang halal. Apa yang penting adalah kita berusaha dengan tenaga dan kudrat yang kita ada tanpa hanya bergantung harap kepada orang lain. Justeru itu, demi kelangsungan hidup di zaman pandemik ini, maka, tak hairan lah jika kita dapat melihat semakin ramai yang memberanikan diri menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan siap dimasak. Haaaa ... kali ini Admin SatuJutaIdea nak tampilkan seorang lagi artis terkenal di tanahair kita, yang turut sama menceburi bidang ini. Amelina ... Ratu Dangdut Malaysia ... atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, telah memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka tempahan untuk pelbagai menu masakan nasi. Antara menunya termasuklah Nasi Ayam Rindu Amelina, Nasi Minyak Dangdut Amelina, Nasi Ayam Panggang Amelina dan Nasi Ayam Grill Amelina. Beroperasi dari rumahnya dengan menu masakan homemade , adalah merupakan usaha beliau mencari rezeki menambahkan pendapatan. Amelina,
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE