Skip to main content

Pizza Ukhwah Seremban

Sebut ja pizza pastinya ramai yang tahu kannnn.

Sekeping doh yang dihiasi dengan pelbagai ramuan, sos dan keju dan kemudiannya dibakar ... hmmmm ... sangat menyelerakan kannnn ...

Sekarang ini pelbagai jenama pizza dari luar negara sudah lama bertapak di Malaysia.

Restoran pizza juga bercambah-cambah di bandar-bandar seluruh negara kita membuktikan bahawa wujudnya permintaan kepada makanan ini.

Tapi, tahu kah korang kewujudan kedai atau restoran pizza jenama tempatan ??

Cuba korang selidiki ... jika ada restoran pizza tempatan di tempat korang, nanti maklumkan kepada Admin SatuJutaIdea ya untuk dimasukkan ke web ini.

Untuk kali ini, SatuJutaIdea nak kongsikan berkenaan Pizza Ukhwah di Seremban, Negeri Sembilan. Seperti semua sedia maklum, ini bukan lah posting yang dibayar ya. Dan, ini juga bukan lah posting untuk review produk.

Warga Seremban pastinya tahu di mana lokasi kedai nie yang terkenal dengan tagline "Pizza Paling Lembut di Seremban". Kalau tak tahu, boleh lah cari lokasi kedainya yang terletak di Batu 8, Jalan Pantai.

Perniagaan Pizza Ukhwah diusahakan oleh pasangan suami isteri iaitu Mohd. Hafiz Ahmad dan Nurhayati Ismail.

Menurut mereka, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) umpama penambah rezeki buat mereka apabila permintaan semakin meningkat daripada pelanggan-pelanggan baharu dan lama.

Tambahan pula dengan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah pelanggan menjadi daya penarik kerana ianya memudahkan pelanggan yang lebih selesa berada di rumah ketika PKP ini.

Walaupun perniagaannya masih baharu --- mula beroperasi pada bulan Julai tahun 2020 --- namun, pizza yang mereka hasilkan mulai menambat hati para penggemar pizza di kawasan Seremban sehingga mampu mencapai jualan sebanyak 80 biji pizza sehari.

(... emmm ... biji ka keping aaa penjodoh bilangan untuk pizza ... ?? huhuhu ...)

Buat masa ini terdapat pilihan 11 jenis pizza yang dihasilkannya sendiri yang dijual pada harga di antara RM10 hingga RM22 sebiji.

Mohd. Hafiz turut menyatakan bahawa beliau dan isterinya berhasrat untuk membuka kedai berkonsep dine-in bagi memudahkan pelanggan yang ingin menikmati pizza fresh di kedai.

Walau bagaimanapun, hasrat itu terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu kerana situasi PKP sekarang ini.

Menurut beliau juga, sebagai bersama-sama mematuhi arahan PKP dan SOP COVID-19, warga Seremban boleh lah menempah Pizza Ukhwah melalui laman Facebook: Pizza Ukhwah.

Jom makan pizza !!

JOM buat ... D.U.I.T

Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal

Comments

Lihat Lagi Idea-Idea Yang Best ...

BSN Sijil Simpanan Nasional - SSP - 2021

"Niat di hati untuk menyimpan, untuk kegunaan di masa hadapan." Ada yang menyimpan di dalam akaun simpanan di bank,  fixed deposit dan di Tabung Haji. Dan, ada juga yang simpan di dalam tabung atau disorok di celah-celah baju / buku / almari di rumah. kerana lebih mudah. Pendek kata, di zaman sekarang nie sudah ada banyak pilihan untuk kita menyimpan duit sebagai tabungan untuk kegunaan di masa hadapan ataupun sebagai persediaan keperluan di waktu-waktu kecemasan. Selain daripada kaedah biasa seperti ditulis di atas sana, ada satu lagi kaedah simpanan yang pastinya korang pun dah tahu kan (selepas membaca tajuk posting  SatuJutaIdea pada kali ini ... hehehe ...) Ya ... betul lah tu !!! BSN Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) adalah merupakan satu lagi instrumen pilihan yang ada untuk korang menyimpan. Modal simpanan hanya serendah RM10 untuk satu unit BSN SSP. Jikalau dahulunya BSN akan berikan sijil untuk setiap simpanan, tetapi kini segalanya semakin dipermudahkan. Sudah tiad

Aiman Durian Bukit Lintang Melaka

"Oh kome, deghoyan dah berbunge (dah berbunge), Moh kite minang anok dare (anok dare)" Hahaha ... Admin yakin ramai antara korang yang tahu siapa penyanyi lagu nie kan ?? Apabila tiba ja musim durian, dapat lah kita lihat tumbuhnya gerai-geai di tepi jalan yang menjual raja buah ini. Cakap ja nak durian jenis apa ... kampung, kahwin, D24, raja kunyit, udang merah, IOI dan lain-lain lagi ... boleh ja korang dapat asalkan ada duit nak membayarnya nanti. Dan ... korang jangan terkejut pulak ya ... dikatakan bahawa terdapat lebih kurang 200 jenis durian yang telah didaftarkan di Malaysia. Pelbagai variati yang wujud ini umpama kepelbagaian sektor perniagaan yang ada di negara ini. Jikalau dibandingkan dengan sektor pelancongan, nampaknya 'sektor' jualan durian agak kurang terjejas dek penangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Selera rakyat Malaysia terhadap raja buah ini langsung tidak terkesan oleh PKP !! Apatah lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada, mudah sahaja

Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan

Alangkah bertuahnya anak-anak Negeri Sembilan dengan adanya TUNS Plus nie. First time  korang dengar ker ?? Ehhh ... jangan lah terkejut pulak. Ini bukan anugerah gelaran. TUNS Plus ini adalah singkatan kepada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan. TUNS Plus ini juga adalah kesinambungan kepada program TUNS terdahulu. Pastinya, ini adalah satu berita baik kepada warga Negeri Sembilan kerana pada tahun 2021, kerajaan negeri telah menyediakan dana sebanyak RM3.0 juta kepada usahawan-usahawan mikro di negeri ini terutamanya yang terkesan dengan situasi semasa pandemik COVID-19. Menurut Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, TUNS Plus adalah merupakan bantuan pinjaman mudah tanpa faedah. Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 200 usahawan mikro yang berminat mendapatkan bantuan ini dan sekaligus

Rumah Rakit Amaraisya Kuala Rompin

Bukan calang-calang orang lah yang sanggup dan berani menjadi pengusaha bisnes rumah rakit. Bak kata orang, kalau tersalah langkah boleh 'tenggelam' rumah rakit dengan segala modalnya. ... huhuhu ... hahaha ... hihihi ... Tetapi, Akak Rokiah Harun yang berusia lewat 50-an telah buktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya asalkan ada minat, kemahuan, keberanian, kesanggupan, kegigihan dan bersemangat waja. “Saya lakukan semua ini untuk memberikan kehidupan dan pendidikan yang lebih baik untuk anak-anak selain membantu suami yang bekerja sendiri,” kata Akak Rokiah. Dahulunya, Akak Rokiah ni hanya berniaga kuih bakar. Tetapi, setelah dicadangkan oleh anak sulungnya untuk menceburi bidang perniagaan yang baru ini, beliau bersetuju dan bersama-sama suaminya mula membina rumah rakit dengan bermodalkan wang sebanyak RM50,000. Sebahagiaannya daripada modal tu adalah daripada pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Kerana itulah, Akak Rokiah mengajak wanita-wanita yang berpendapatan re

Akuaponik Farm2Fork

Pejam celik dah lebih setahun sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di negara kita. Cara hidup, cara bekerja dan cara belajar juga telah berubah sama sekali berbanding dengan sebelum ini. Tanpa kita sedari, ada masa-masa terluang yang telah terbuang begitu sahaja tanpa dimanfaatkan sebaiknya. Tetapi, usah khuatir, kerana ruang dan peluang masih ada untuk kita merancang dan melaksanakan pelbagai aktiviti berfaedah tatkala berada di rumah. Antaranya adalah dengan melibatkan diri dalam aktiviti pertanian sama ada dengan projek tanaman sayuran menggunakan tanah atau tanpa tanah. Kaedah tanaman secara hidroponik telah lama berada di negara kita. Walaupun kaedah ini sesuai terutamanya di kawasan bandar, tetapi terdapat kekurangannya juga kerana seringkali timbul permasalahan pembiakan nyamuk Aedes. Kita pun pastinya tak nak lah menjadi penternak nyamuk Aedes yang 'berjaya' kan ... huhuhu ... Justeru itu lah munculnya idea bagi mengoptimakan penggunaan air yang digunaka
"Berkongsi Idea Menjana Pendapatan"
Satu Juta Idea
We CARE, We SHARE