Huhuhu ... ini betul-betul best ... betul-betul jimatkan serbuk rempah di rumah korang.
Kebiasaannya, korang hanya pernah dengar atau gunakan serbuk rempah jenama Ad***, Ba***, M**Si** dan Alla***** kann ??
Tapi, pernah ka korang gunakan mana-mana produk serbuk rempah resipi homemade ??
Haaaa ... kalau korang nak tahu, di Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu, ada satu kilang yang menghasilkan pelbagai rempah berasaskan kepada resipi rempah homemade.
Nak rempah gulai kurma/nasi minyak, rempah kari ayam/daging, rempah kerutub, rempah kari ikan, rempah gulai ayam/daging atau rempah gulai nasi dagang. Semuanya ada !!
Uniknya Rempah Tok Ma adalah ianya merupakan resepi rempah turun temurun dan mula dijual secara kecil-kecilan oleh Hajjah Salehah binti Haji Mohamad sejak lebih 30 tahun yang lalu.
Menurut Hajjah, rempah ini menggunakan ramuan yang diwarisi daripada ibundanya yang merupakan seorang pengadun rempah yang terkenal di tempat mereka.
Pada mulanya, rempah yang beliau hasilkan tidak lah dalam jumlah yang banyak. Hanya sekadar untuk kegunaan keluarga sendiri sahaja.
Namun, apabila rempah ini mulai dipesan dan dibeli oleh saudara-mara dan jiran tetangga, beliau mula menghasilkan rempah untuk dijual secara sedikit-sedikit.
Pendapatan yang diperolehi pada ketika itu dapat lah juga digunakan untuk menampung perbelanjaan keluarga kerana beliau hanya lah seorang surirumah sepenuh masa dan suaminya pula bekerja sebagai seorang guru agama.
Apabila anak-anaknya semakin meningkat dewasa, mereka melihat potensi besar kepada perusahaan penghasilan rempah ini untuk jualan secara komersil.Maka dengan itu lah mereka telah sebulat suara bersetuju untuk menubuhkan sebuah syarikat dan mengembangkan perusahaan ini.
Berkenaan dengan modal permulaan, ianya adalah daripada hasil tabungan sumbangan ahli-ahli keluarga. Di atas persetujuan semua, tabungan ini digunakan untuk memulakan perusahaan rempah keluaran mereka.
Menurut Hajjah, Rempah Tok Ma adalah merupakan resepi rempah asli dengan campuran bahan herba seperti cengkih, ketumbar, jintan putih dan kulit kayu manis. Rempah keluaran mereka juga bebas daripada sebarang campuran bahan kimia dan bahan pewarna.
Kejayaan tak mungkin akan diperoleh tanpa ada adanya ilmu yang bersesuaian dengan bidang yang diceburi.
Kerana itu lah Hajjah berkongsi bahawa beliau sering merujuk kepada Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi mendapatkan nasihat dan tunjuk ajar.
Katanya, tak mungkin syarikat rempah keluarganya ini akan mampu berdiri teguh sekiranya mereka hanya 'memandai-mandai sendiri' mengusahakannya tanpa mempunyai ilmu dan bantuan kepakaran.
Sebagai perusahaan keluarga, anak-anak Hajjah turut melibatkan diri dalam operasi pengeluaran, pemasaran dan pengurusan perniagaan agar perusahaan produk Rempah Tok Ma akan terus berkembang maju dan menjadi terkemuka sepertimana jenama rempah lain di pasaran.
Memandang ke masa hadapan, beberapa produk lain selain daripada rempah akan turut dihasilkan syarikat mereka kelak.
Ingat nasi dagang ... ingat lah untuk gunakan Rempah Tok Ma yerrr ... yeayyy ...
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment