Susu ?? Madu ?? Biskut raya ??
Berbeza pula dengan Mohamad Anif Azami, big boss syarikat Aducktive Food Sdn. Bhd. yang menjadikan empingan jagung ini sebagai bahan utama produk keluarannya.
Kata beliau, idea ini tercetus ketika berada di dapur rumah bersama-sama isterinya mencari idea baru untuk menghasilkan satu produk yang boleh dijual.
Kebiasaannya, cornflakes dimakan bersama susu atau madu kan ...
Tetapi, melihat kepada potensi yang boleh dikembangkan lagi, maka, tercetuslah idea untuk menambahkan perisa telur masin pedas bersama cornflakes dan menjadikannya sebagai kudapan yang enak dimakan pada bila-bila masa.
Menurut kata Mohamad Anif lagi, sebelum terjun ke dunia perniagaan secara sepenuh masa, beliau pernah berkhidmat sebagai seorang penjawat awam.
Pendapatan yang diperoleh sering kali tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan kehidupannya.
Kerana itu lah beliau cuba mencari peluang baru dan akhirnya mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaannya ini kerana yakin bahawa apa yang diusahakan pasti akan membuahkan hasil yang lebih lumayan.
Keputusan nekadnya ini ternyata berhasil apabila produk unik ini berjaya menarik perhatian pelanggan yang ingin merasai produk kudapan enak.
Kini, hasil daripada usaha gigih beliau bersama isterinya telah berjaya memiliki sebuah kilang sendiri di Batu Arang, Selangor yang mampu menyediakan peluang pekerjaan dan menggajikan seramai 50 orang pekerja.
Dengan rangkaian lebih daripada 3,000 orang agen di seluruh negara, produk ini sudah mampu mendapat tempat di hati pelanggan dan ini meningkatkan kesungguhannya untuk menambahkan lagi beberapa produk yang lain.
Katanya, untuk berjaya di dalam bisnes perlu lah mempunyai disiplin diri yang tinggi. Seandainya dibuat secara sambil lewa, pasti bisnes ini tidak akan berjaya.
Korang ... bagaimana ??
Nak tambahkan pendapatan ... boleh lah berhubung dengan pihak syarikat untuk menjadi agen jualan.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment