First time korang dengar ker ??
Ehhh ... jangan lah terkejut pulak.
Ini bukan anugerah gelaran.
TUNS Plus ini adalah singkatan kepada Tabung Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan yang merupakan inisiatif kerajaan Negeri Sembilan.
TUNS Plus ini juga adalah kesinambungan kepada program TUNS terdahulu.
Pastinya, ini adalah satu berita baik kepada warga Negeri Sembilan kerana pada tahun 2021, kerajaan negeri telah menyediakan dana sebanyak RM3.0 juta kepada usahawan-usahawan mikro di negeri ini terutamanya yang terkesan dengan situasi semasa pandemik COVID-19.
Menurut Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, TUNS Plus adalah merupakan bantuan pinjaman mudah tanpa faedah.
Kerajaan negeri menyasarkan untuk membantu sekurang-kurangnya seramai 200 usahawan mikro yang berminat mendapatkan bantuan ini dan sekaligus dapat menggalakkan aktiviti perniagaan di negeri ini.
Menurutnya lagi, permohonan TUNS Plus akan dibuka selama sebulan bermula 25 Jun ini. Semua dokumen yang berkaitan dengan permohonan boleh didapati di laman webnya.
Mungkin ada yang akan bertanya ... "Saya nie berniaga secara online, layak ker nak mohon?" atau "Saya nie takde kedai, cuma berniaga dari rumah."
Jawapannya adalah tak layak ... huhuhu ... sebabnyaaaaa ...
Di antara syarat-syarat permohonan termasuklah mempunyai lesen atau permit perniagaan yang masih sah, mempunyai alamat perniagaan berdaftar di Negeri Sembilan, perniagaan beroperasi di Negeri Sembilan (bukan di negeri lain) sama ada secara premis perniagaan atau berniaga secara bergerak dan peniaga bukan lah berstatus muflis.
Dan ... walaupun mana-mana warganegara Malaysia boleh memohon, tetapi, keutamaan adalah diberikan kepada anak Negeri Sembilan ... huhuhu ...
Untuk pinjaman TUNS Plus ini ada tiga pilihan jumlah pembiayaan iaitu RM5,000, RM10,000 dan RM15,000.
Tempoh pembiayaan minimum adalah satu tahun (12 bulan) dan tempoh maksima adalah lima tahun (60 bulan).
Contohnya, jika korang pinjam RM5,000 dengan tempoh bayaran balik selama tiga tahun, jumlah bayaran bulanan korang adalah sebanyak RM138.89 selama 12 bulan.
Jika korang pinjam RM15,000 dengan tempoh bayaran balik selama lima tahun, korang perlu bayar semula sebanyak RM250 setiap bulan selama 60 bulan.
Haaaa ... usahawan-usahawan mikro di Negeri Sembilan boleh lah ambil peluang TUNS Plus ini untuk dijadikan sebagai modal pusingan perniagaan.
Moga-moga dapat membantu perniagaan korang untuk terus survive dalam situasi semasa ini dan berkembang maju kelak.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment