Semuanya dengan hanya menggunakan apps di smartphone korang.
Di zaman #stayathome ini pula, segala kelas pengajian dan pembelajaran -- sekolah, kolej, universiti, kuliah agama -- pun dibuat secara online saja kan.
Justeru itu lah, tak hairan jika diperhatikan bahawa munculnya pelbagai laman web atau aplikasi yang menawarkan segala macam kursus secara online.
Tambahan pula, dengan capaian internet yang laju .. 4G, 5G .. turut mempermudahkan kelancaran setiap sesi pembelajaran secara atas talian.
Antara laman web yang dapat Admin SatuJutaIdea selidiki adalah Clazzy.my yang menyediakan platform kursus secara langsung bagi pembelajaran berkaitan aplikasi teknologi maklumat, pada harga yang mampu milik.
Menurut Muhd. Aqmal Afiq Adnan, seorang anak muda, yang merupakan pengasas platform ini, Clazzy.my memberikan tumpuan kepada kursus berkaitan kemahiran coding daripada peringkat asas hingga lah ke peringkat advance.
Selain itu, kelas kemahiran teknologi yang lain turut diadakan bertujuan meningkatkan kemahiran sesiapa sahaja yang berminat mengikuti kursus yang ditawarkan.
Menurut Aqmal lagi, bidang teknologi maklumat adalah amat luas digunakan di seluruh dunia. Teknologi ini sentiasa berkembang dari masa ke semasa. Justeru itu lah, amat penting bagi sesiapa sahaja di dalam bidang ini untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka.
Pada harga serendah tanpa bayaran (yeayyy) untuk basic plan hingga lah kepada RM 50 sebulan atau RM 360 setahun, tentu lah amat berbaloi untuk sesiapa yang berminat.
(pssttt : khabarnya ada special rate untuk pelajar universiti. So, yang berminat tu boleh bertanya terus kepada admin Clazzy.my ya)
Apatah lagi dengan bimbingan kelas secara langsung secara berkala setiap minggu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman dalam industri ini, maka, platform ini amat lah sesuai untuk individu berkerjaya dan para pelajar jua.
Sekiranya ada peserta yang terlepas kursus online secara langsung, tak perlu risau kerana rakaman kelas ini boleh dicapai dan ditonton melalui akses yang disediakan.
Sehingga kini sudah lebih daripada 200 kehadiran direkodkan bagi kelas-kelas yang telah dilaksanakan.
Kepada korang yang berminat nak tambahkan ilmu dan kemahiran dalam bidang IT, boleh lah ambil peluang ini.
Pelajari dan dalami ilmu pengaturcaraan -- CSS, HTML, PHP, Javascript, Flutter, Phyton, dan lain-lain lagi -- mudah-mudahan nanti membuka peluang untuk korang menjana pendapatan melalui ilmu dan kemahiran yang ada ini.
Belajar coding, bina aplikasi korang sendiri, dan jana pendapatan bagi setiap apps yang dilanggan pelanggan dari seluruh dunia ... wow ...
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment