Kali ini Admin SatuJutaIdea nak berkongsi berkenaan seorang brother yang merupakan pengumpul barangan antik yang mampu menjana pendapatan hasil jualan barangan koleksinya.
Kagum !! Salute !! Respect !!
Admin rasa ini lah yang paling sesuai Admin perkatakan mengenai kesanggupan dan minatnya mengumpulkan barangan antik tetapi sayangnya terpaksa dijual akibat situasi semasa pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan pendapatannya.
Okey ... sebelum kita bercerita lebih lanjut mengenai jualannya itu, jom kita susuri sejenak mengenai kasut Converse.
Sebut ja Converse, pastinya korang tahu atau pernah nampak kasut jenama nie. Tapi, jika disebut nama Charles "Chuck" Taylor, tahu kah korang siapa gerangan orangnya ??
(Pssst ... nama Converse ini adalah berasal dari nama pemiliknya iaitu Marquis Mills Converse yang mula membuka syarikat Converse Rubber Shoe Company di Malden, Massachusetts, pada tahun 1908 , yang menghasilkan pelbagai produk berasaskan getah)
Sekitar tahun 1921, Chuck Taylor iaitu seorang pemain bola keranjang semi-profesional telah menyertai syarikat Converse sebagai jurujual dan telah berkongsi idea untuk menambahbaik rekabentuk kasut bola keranjang yang lebih fleksibel, selesa dipakai dan tapaknya bersifat non-skid.
Sepanjang kerjayanya bersama Converse, Chuck Taylor turut menjadi pemain dan jurulatih pasukan Converse All-Stars, iaitu pasukan bola keranjang syarikat ini.
Chuck turut berpeluang mengembara ke seluruh Amerika Syarikat untuk mengadakan klinik latihan bola kerajang serta mempromosian kasut Converse All Stars.
Kemahiran jualannya telah berjaya menghasilkan pulangan yang tinggi kepada syarikat.
Sebagai satu penghargaan kepada usaha dan sumbangannya, nama Chuck Taylor telah diabadikan pada ankle patch kasut ini sehingga lah ke hari ini (dan mungkin juga selamanya).
Okey ... kembali kepada kisah brother dari Kota Bharu, Kelantan yang telah berjaya menjual kasut Converse Non-Skid yang pertama di dunia, pada harga bukan seribu atau sepuluh ribu, tetapi RM40,800, yang telah dibeli oleh seorang pembeli yang dikenali sebagai Dynamo Rasqputin.
Menurut brother ini, Wan Irfayuinazain Wan Ab Aziz, yang merupakan seorang pengumpul kasut antik dan vintaj, beliau terpaksa menjual koleksinya ini demi kelangsungan hidup akibat situasi pandemik sekarang.
Menurutnya lagi, kasut tersebut dibelinya pada tahun 2018 daripada pasangan suami isteri yang menetap di Amerika Syarikat, berserta dengan sepasang seluar pendek dan pelindung lutut bola keranjang vintaj.
Baginya, ini lah yang menjadikan 'kisah' kasut tersebut menjadi sangat istimewa kerana set barangan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri.
Membeli 'kasut buruk' pada harga sehingga RM40 ribu ??
Menurut Dynamo Rasqputin, beliau membeli kasut ini dengan fikiran yang waras tanpa sebarang paksaan kerana baginya ia adalah satu bentuk pelaburan di alaf baharu.
Katanya lagi, terdapat ramai pengumpul barangan vintaj yang sanggup membelanjakan sejumlah wang demi mendapatkan barangan yang mereka inginkan. Dan, tak mustahil bahawa 'kasut buruk' yang baru dibelinya itu akan mampu dijualnya pada harga yang lebih tinggi kelak.
Hanya jauhari yang mengenal manikam --- pandangan mata orang ramai pastinya tidak sama dengan pandangan mata para pengumpul barangan antik dan vintaj.
Justeru itu lah, apabila kita memandang sesuatu dari segi nilai yang ada padanya, maka, kita akan dapat melihat potensi besar bahawa ianya mampu menjana pendapatan buat kita.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Fortunately, you don't must be a hardcore gambler to know method to|tips on how to} pick a profitable slot machine both. Released in 2010, Gonzo's Quest nonetheless did not let go of its place as one of the top slot machines online. When you play Space Wars for actual money, you'll be 우리카지노 able to|you probably can} choose to wager anyplace from 0.4 to 20 per spin. That's why higher denomination slots are additionally riskier than lower denomination slots.
ReplyDelete