Street food atau makanan jalanan sememangnya sudah tidak asing lagi di negara kita.
Hampir di mana sahaja dapat ditemui gerai jualan di tepi-tepi jalan yang menyajikan pelbagai hidangan termasuklah kuih-muih, nasi berlauk, beraneka jenis minuman dan macam-macam lagi.
Jika ditanya adakah perniagaan ini menguntungkan ??
Jawapan yang pasti adalah YA kerana di mana-masa sahaja dapat kita lihat munculnya gerai-gerai baharu yang menjual pelbagai juadah tradisional, moden dan juga hipster, yang sekaligus memberikan indikator positif kepada bidang jualan ini.
Melihat kepada potensi peluang yang ada, dua orang sahabat iaitu Nor Fazrina Fazrin Hassan dan Iffah Irdina telah bersepakat untuk menjalankan perniagaan berkonsepkan street food di Jalan Anggerik Perdana 1, Kajang, Selangor.
Jualan sajian menu yang unik oleh mereka telah berjaya menarik perhatian pelanggan yang ingin mencuba sesuatu yang baharu.
Pulut kuning dan kopi !! (WOW)
Mungkin ada antara korang yang belum pernah menikmati hidangan seumpama ini kan ?? (wajib dicuba oleh korang tauuu sebab memang ohsem sangat 'melayan' menu seperti ini)
Menu pulut dan kopi adalah merupakan di antara makanan tradisional di kalangan orang-orang dahulu yang kebiasaannya dihidangkan dalam majlis-majlis keraian.
Sebagai menghidupkan kembali kenikmatan sajian di zaman silam serta menarik perhatian bakal pelanggan yang terdiri daripada golongan muda, kedua-dua sahabat ini telah menyajikan hidangan minuman kopi premium sebagai pelengkap kepada menu jualan mereka.
Di peringkat awalnya, cabaran utama yang dihadapi oleh mereka adalah bagaimana untuk menyediakan hidangan kopi bergred premium sedangkan kedua-duanya tiada pengalaman dalam bidang barista.
Namun, perkara ini telah dapat mereka atasi dengan mengunjungi kafe-kafe ternama dan menikmati hidangan kopi di situ. Gabungan pelbagai rasa akhirnya mencetuskan idea bagi penghasilan hidangan kopi mereka sendiri.
Berpegang kepada pepatah "malu bertanya, sesat jalan", mereka juga telah berusaha untuk belajar ilmu bancuhan kopi daripada barista-barista yang terkemuka kerana sumber rujukan terbaik tentu lah daripada barista-barista yang arif dan pakar dalam bidang tersebut.Untuk membuka perniagaan gerai mereka ini bukan lah suatu langkah yang diambil secara tergesa-gesa.
Tempoh masa selama lebih daripada setahun telah diambil oleh Fazrina Fazrin dan Iffah Irdina untuk memahirkan diri dalam penghasilan kopi dan penyediaan juadah pulut serta aneka lauk seperti rendang daging hitam, rendang ayam kuning dan sambal bilis petai.
Setelah segala masa dan tenaga telah dicurahkan, akhirnya mereka memulakan perniagaan ini bermodalkan wang hasil tabungan mereka sendiri sebanyak RM2,000.
Kata mereka juga, selain daripada mempromosi gerai "Pulut dan Kopi" mereka kepada rakan-rakan, mereka turut menggunakan saluran media sosial bagi mendapatkan lebih ramai pelanggan daripada kawasan sekitar.
Memandang ke masa hadapan, mereka berhasrat untuk membuka sebuah kafe berkonsepkan minimalis yang bersesuaian dengan konsep yang mereka lakukan sekarang ini.
Unlike somebody with a food habit, you don’t want the object of your habit to survive. You merely must discover ways to|learn to} develop a wholesome and balanced relationship with 카지노사이트 cash. For the most half, playing sparsely is a socially acceptable conduct. If left untreated, a playing habit can negatively have an effect on} your financial scenario, relationships, and different aspects of your life. Many of these playing operations are outstanding sponsors of California media. Ads for tribal casinos are ubiquitous on the Internet, radio, and TV—especially broadcasts of the state’s hottest sports activities groups.
ReplyDelete