Kali ini, Admin SatuJutaIdea nak bawa kan pula mengenai kopi 'najis' burung jacu yang diterbangkan khas dari benua Amerika Selatan.
Brazil ... selain daripada menghasilkan ratusan pemain-pemain bolasepak terkemuka ... turut mampu menghidangkan korang dengan aroma kopi yang sangat unik aroma dan rasanya.
Dikatakan sebagai kopi terbaik dari negara Brazil --- kopi 'najis' burung jacu merupakan kopi eksotik yang dihasilkan secara semulajadi tanpa tambahan bahan pengawet atau bahan kimia yang lain.
Walaupun kita sebutnya sebagai kopi 'najis' burung, tetapi, korang jangan lah risau pulak. Tiada najis (tahi) burung jacu yang dimasukkan dalam ramuan kopi nie ... hahaha ...
Kandungan kopi burung jacu adalah 100% biji kopi asli yang telah dimakan dan dicernakan oleh burung jacu iaitu sejenis burung hutan yang terdapat di dalam hutan-hutan di Amerika Selatan.
Bercerita mengenai lokasi penghasilan kopi ini, ladang kopi Camocim Estate yang berkeluasan kira-kira 50 hektar adalah terletak kira-kira satu kilometer dari kaki gunung Pedra Azul (Blue Rock), di kawasan Domingos Martins, Espirito Santo (negeri), Brazil.
Ladang kopi ini adalah merupakan antara ladang kopi yang terkecil di Brazil. Walaupun begitu, keunikan pada kopi burung jacu telah menjana pendapatan yang sangat lumayan kepada ladang ini.
Segalanya bermula sekitar awal tahun 2000.
Henrique Sloper de Araújo, pemilik Camocim Estate, menghadapi 'masalah' apabila kawasan ladangnya seringkali 'meriah' dengan kehadiran burung jacu yang suka memakan biji-biji kopi organik yang ditanam di ladangnya.
Beliau mencuba beberapa cara untuk menghalau burung-burung liar ini tetapi segala usahanya tidak berhasil.
Untuk menangkap, menyakiti atau pun membunuh burung ini juga tidak dibenarkan kerana burung jacu adalah merupakan di antara spesis burung yang dilindungi oleh undang-undang di negara Brazil.
Maka, tiada apa yang dapat dilakukannya lagi selain membiarkan sahaja burung-burung ini menikmati biji-biji kopi yang lazat dan melihat najis-najis burung ini bertaburan di kawasan ladangnya.
Lama kelamaan, di sepanjang pemerhatian Henrique, beliau mendapati bahawa burung-burung pacu sangat teliti memilih biji-biji kopi yang hendak dimakannya. Hanya biji-biji kopi yang terbaik sahaja dijamah oleh burung-burung tersebut.
Ini sekaligus menimbulkan satu idea kepada Henrique yang pernah menikmati hidangan kopi luwak semasa berada di Indonesia pada suatu ketika dahulu.
Beliau berfikir, jika di Indonesia mampu menghasilkan kopi terbaik daripada biji-biji kopi di dalam najis musang, maka, tak mustahil lah untuknya melakukan perkara yang sama di ladangnya sendiri.
Untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik bukan lah perkara yang mudah. Pada peringkat awal, beliau telah menghadapi cabaran terbesar iaitu bagi meyakinkan pemetik-pemetik kopi untuk mengutip najis burung yang mengandungi biji kopi.Walaupun tugas ini nampak jijik, tetapi akhirnya beliau telah berjaya meyakinkan mereka dengan memberikan gaji yang lebih lumayan untuk tambahan kepada 'tugasan khusus' ini.
Proses pengumpulan ini juga adalah sangat sukar. Untuk mencari najis-najis burung jacu memerlukan tenaga kerja fizikal kerana burung ini bersifat bebas dan liar dan 'berak' di mana-mana sahaja.
Setelah dijumpai dan dikumpulkan, najis ini perlu dibersihkan bagi mendapatkan biji-biji kopi. Semuanya dilakukan secara manual menggunakan tangan ... huhuhu ...
Kemudiannya, baru lah bijian kopi boleh dikeluarkan daripada kulit pelindungnya sebelum dihantar ke kilang untuk proses selanjutnya --- dibersihkan lagi, diproses dan dibungkus untuk jualan tempatan atau dieksport.
Maka, kerana itu lah kopi burung jacu keluaran Camocim Estate adalah lebih mahal berbanding kopi lain. Pada harga USD1000 (atau kira-kira RM4,000) sekilogram, pastinya ia hanya akan mampu untuk dilihat sahaja berbanding untuk dinikmati oleh golongan marhaen seperti kita ini ... huhuhu ...
Tetapi, andai kata ingin dicuba, boleh mencuba ya --- cuba lah mencari idea-idea menjana pendapatan korang di web SatuJutaIdea ini. Mudah-mudahan kelak akan mampu menikmati secangkir kopi 'najis' burung jacu sambil menikmati keindahan alam di ladang Camocim Estate.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment