Layannnnnn ... lagu Bourgenvilla nyanyian bro Ameng kumpulan Spring yang popular dengan lagu-lagu cinta syahdu pada suatu ketika dahulu.
Tapi, apa kaitan pulak di antara Ameng, Bourgenvilla dan Bliese ??
Haaaa ... kalau korang nak tahu, sekarang ini syarikat Bliese (M) Sdn. Bhd., iaitu pengeluar produk wangian, telah bekerjasama dengan bro Ameng menghasilkan dan mempromosikan produk wangian terbaru mereka yang diberi nama Bourgenvilla.
Lagi special ialah produk ini adalah merupakan produk edisi khas bagi Bliese Wooden Cap (BWC) --- iaitu produk wangian yang sesuai digunakan sama ada di dalam kereta, bilik atau pun almari baju korang.
(Pssttttttt ... Ini bukan iklan berbayar yer ... huhuhu ...)
Menurut apa yang dikatakan oleh bro Ameng, usaha kolaborasi ini bukan sahaja membuka peluang untuk dirinya dan syarikat menjana pendapatan, tetapi juga dapat membantu rangkaian stokis dan agen jualan meningkatkan jualan mereka.
Sedikit sebanyak dapat lah juga menambahkan pendapatan terutamanya tatkala negara masih lagi dicengkan dengan pandemik sekarang ini.
Dengan adanya lebih daripada 15 jenis aroma pilihan BWC, mungkin ada satu yang akan menjadi pilihan korang untuk digantung di dalam kereta.
Pada harga hanya RM10 sebotol, pastinya sangat berbaloi lah kan untuk menyegarkan kereta korang yang jarang-jarang digunakan sekarang nie dek kerana PKP. Tambahan pula sebotol BWC ini boleh digunakan sehingga tempoh selama 45 hari tauuu.
Emmm ... kalau korang nak tahu juga, selain daripada BWC, terdapat dua jenis produk lagi iaitu Bliese Body Perfume (EDP) yang menggunakan bahan yang diimport khas dari Eropah dan Blisematic iaitu automatic spray yang mengandungi essential oil.Berbanding dengan BWC, Blisematic lebih sesuai digunakan untuk ruang yang besar seperti ruang tamu, bilik tidur dan dapur.
Isi kandungan setiap botol adalah 300ml dan boleh bertahan sehingga 3000 kali semburan atau lebih mengikut masa semburan yang boleh ditetapkan. Ianya dijual secara set berserta penyembur automatik dan juga pek isian semula.
"Andai dibiarkan ia usang , Diterangi malap bulan , Akan tinggal bayang kekosongan , Terserahlah kepadamu"
Ya ... terserah lah kepada korang sama ada mahu atau tidak menjana pendapatan tambahan dengan mengambil peluang ini menjadi stokis atau agen jualan produk pewangi Bliese.
JOM buat ... D.U.I.T
Doa | Usaha | Istiqomah | Tawakal
Comments
Post a Comment